Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Mengapakah Saya Melukai Diri?

Mengapakah Saya Melukai Diri?

 Apakah itu melukai diri?

 Terdapat pelbagai cara orang melukai diri. Misalnya, membakar diri, menghentak diri, memukul diri, atau menghiris tubuh sendiri. Menghiris tubuh sendiri melibatkan amalan melukai diri dengan benda yang tajam. Individu sebegini akan terus mencederakan diri kerana tidak lagi dapat mengawal diri. Rencana ini membincangkan perbuatan menghiris diri, tetapi prinsipnya dapat diterapkan dalam semua bentuk perbuatan melukai diri.

 Ujilah pengetahuan kamu: Benar atau Salah.

  1.   Perempuan sahaja yang melukai diri.

  2.   Perbuatan menghiris diri bertentangan dengan perintah Bible di Imamat 19:28, yang menyatakan, “Jangan lukai tubuh kamu.”

 Jawapan yang benar:

  1.   Salah. Memang benar melukai diri sendiri berlaku dalam kalangan pemudi, tetapi sesetengah pemuda juga menghiris diri dan melukai diri dengan pelbagai cara.

  2.   Salah. Imamat 19:28 merujuk kepada upacara agama kafir pada zaman kuno, bukannya perbuatan melukai diri seperti yang dibincangkan dalam rencana ini. Namun, Bible juga menunjukkan bahawa Pencipta kita yang pengasih tidak mahu kita melukai diri sendiri.​—1 Korintus 6:​12; 2 Korintus 7:1; 1 Yohanes 4:8.

 Mengapakah sesetengah orang melakukannya?

 Ujilah pengetahuan kamu: Pernyataan manakah yang tepat?

 Orang melukai diri . . .

  1.   kerana mereka ingin menenangkan kepedihan emosi.

  2.   kerana mereka ingin membunuh diri.

 Jawapan yang benar: A. Kebanyakan orang yang mencederakan diri tidak berniat untuk membunuh diri. Sebaliknya, mereka ingin menghilangkan kepedihan yang dialami.

 Perhatikan apa yang dikatakan sesetengah kaum muda tentang sebabnya mereka melukai diri.

 Celia: “Saya berasa lebih lega.”

 Tamara: “Amalan ini bagaikan jalan keluar bagi masalah saya. Saya lebih rela sakit badan daripada sakit hati.”

 Carrie: “Saya benci perasaan sedih. Apabila saya melukai diri, saya dapat melupakan kesedihan dan hanya berfokus pada luka di tubuh saya.”

 Jerrine: “Setiap kali saya melukai diri, saya rasa seolah-olah masalah saya sudah hilang, dan saya tidak perlu peduli apa yang berlaku di sekeliling saya lagi. Saya suka perasaan begitu.”

 Bagaimanakah kamu dapat menghentikan tabiat ini?

 Berdoa kepada Yehuwa merupakan langkah yang penting untuk mengatasi tabiat ini. Bible berkata, “Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​—1 Petrus 5:7.

 Cadangan: Mula-mula, kamu boleh mengucapkan doa yang singkat. Kamu mungkin boleh memberitahu Yehuwa, “Saya perlukan bantuan.” Lama-kelamaan, kamu berasa selesa untuk mencurahkan isi hati kamu kepada “Tuhan yang melegakan hati kita dalam apa jua situasi.”​—2 Korintus 1:​3, 4.

 Selain melegakan kita secara emosi, doa membolehkan kita berkomunikasi dengan Bapa kita di syurga. Dia telah berjanji: “Aku akan membantumu. Aku pasti akan memegangmu dengan tangan kanan-Ku yang menegakkan keadilan.”​—Yesaya 41:10.

 Ramai orang telah dilegakan apabila mereka memberitahu ibu bapa atau orang lain yang dapat dipercayai tentang keadaan mereka. Perhatikan komen daripada tiga orang kaum muda.

 Soalan untuk direnungkan

  • Apabila kamu sudah bersedia untuk mendapatkan bantuan, siapakah yang akan kamu cari?

  • Apakah yang akan kamu katakan dalam doa kepada Tuhan Yehuwa?

  • Apakah dua cara yang boleh kamu gunakan untuk meredakan tekanan dan kekhuatiran kamu, yang tidak melibatkan perbuatan melukai diri?