SIARAN JW
Menonton Video pada Amazon Fire TV
Anda boleh menonton mana-mana video dengan fungsi mengawal video (jeda, gulung semula, laju ke depan, langkau). Tonton satu video atau semua video dalam satu kategori atau koleksi.
(Perhatian: Alat kawalan anda mungkin kelihatan berbeza daripada gambar rajah yang digunakan dalam panduan ini.)
Mencari dan Menonton Video
Pilih Kategori Video daripada bahagian navigasi atas laman utama untuk melihat kategori video yang ada. Gunakan alat kawalan Amazon Fire TV anda untuk melihat kategori-kategori yang ada. Tekan butang Pilih untuk memilih kategori yang disoroti.
Sesetengah video disenaraikan dalam beberapa kategori. Sebagai contoh, video Anak yang Sesat Kembali terdapat dalam kategori Wayang, Keluarga, dan Remaja.
Pilih opsyen Rombak untuk mainkan semua video dalam satu kategori secara rawak dan berterusan.
Setiap halaman kategori mengandungi beberapa koleksi. Setiap baris merupakan satu koleksi video. Nama koleksi ditunjukkan di atas baris itu.
Gunakan alat kawalan untuk melihat koleksi:
Atas dan Bawah: Lihat koleksi yang berlainan.
Kiri dan Kanan: Lihat video-video dalam sebuah koleksi.
Terdapat dua cara untuk menonton semua video dalam satu koleksi:
Pilih opsyen Mainkan Semua untuk mainkan semua video dalam koleksi, bermula dengan video pertama.
Pilih butang Rombak untuk mainkan semua video dalam satu koleksi secara rawak.
Perhatian: Video akan berhenti apabila semua video dalam koleksi telah dimainkan.
Pilih sebuah video untuk melihat skrin Maklumat Video. Pilih salah satu opsyen berikut pada skrin ini:
Main: Mainkan video dari permulaan.
Mainkan Semua: Mainkan semua video dalam koleksi, bermula dengan video yang dipaparkan pada skrin. Video akan berhenti apabila semua video dalam koleksi telah dimainkan.
Sambung: Sambung main video di tempat anda menghentikannya tadi.
Baris di bawah skrin Maklumat Video menunjukkan video lain dalam koleksi yang sedang ditonton. Tekan Bawah untuk melihat baris koleksi dan Atas untuk kembali ke skrin Maklumat Video.
Kawalan Video
Semasa sebuah video sedang dimainkan, anda boleh mengawal video itu dengan alat kawalan Amazon Fire TV seperti berikut:
Main/Jeda: Hentikan video sebentar. Tekan butang sekali lagi untuk sambung main video.
Laju ke Depan atau Kanan: Mainkan video dengan cepat. Apabila penanda video sampai ke bahagian yang ingin anda tonton, tekan butang Main.
Gulung Semula atau Kiri: Pergi ke arah permulaan video. Apabila penanda video sampai ke bahagian yang ingin anda tonton, tekan butang Main.
Mundur: Kembali ke skrin Maklumat Video.
Tonton Video Baharu atau Video yang Disyorkan
Laman utama Siaran JW menyenaraikan dua koleksi video yang istimewa:
Disyorkan: Video khas, seperti video yang ditunjukkan semasa perjumpaan pertengahan minggu atau yang berkaitan dengan penyembahan keluarga.
Terkini: Video terkini yang ditambahkan.