Lompat ke kandungan

Perhimpunan litar dalam bahasa Tshiluba diadakan di kem pelarian Lóvua

12 SEPTEMBER 2019
ANGOLA

Perhimpunan dalam Bahasa Lingala dan Tshiluba Diadakan di Kem Pelarian Angola

Perhimpunan dalam Bahasa Lingala dan Tshiluba Diadakan di Kem Pelarian Angola

Pada 25 dan 26 Mei 2019, program perhimpunan litar yang bertema, “Jadilah Kuat!” telah diadakan dalam bahasa Lingala dan Tshiluba di kem pelarian Lóvua. Kem ini terletak 1,022 kilometer dari Luanda, ibu kota Angola. Semasa perhimpunan diadakan, terdapat 177 penyiar dan keluarga mereka yang tinggal di kem Lóvua. Namun, kira-kira 380 orang menghadiri perhimpunan dalam bahasa Lingala dan tiga orang dibaptis, manakala 630 orang menghadiri perhimpunan dalam bahasa Tshiluba dan enam orang dibaptis.

Kebanyakan saudara saudari terpaksa melarikan diri ke Lóvua kerana keganasan yang tercetus di Republik Demokratik Congo. Saudara saudari di Lóvua tidak dapat menghadiri perhimpunan rohani di bandar lain kerana sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas warga kem pelarian. Oleh itu, pejabat cawangan membuat aturan untuk mengadakan perhimpunan di kem itu dan mendirikan dua buah Dewan Perjumpaan sementara. Tiga sidang bahasa Tshiluba dan satu sidang bahasa Lingala berkongsi dewan-dewan itu.

Pada 24 Mei 2019, penyelia litar dan wakil pejabat cawangan pergi ke kem Lóvua untuk membantu memasang peralatan bagi sistem suara dan pentas. Walaupun kehidupan sebagai pelarian sangat mencabar, saudara saudari telah menyumbangkan kain tarpal, tiang, tali, paku, dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

Selepas perhimpunan, Honoré Lontongo, seorang pembantu sidang bagi salah sebuah sidang bahasa Tshiluba di kem pelarian, berkata, “Biarpun keadaan susah, perhimpunan dapat diadakan di kem pelarian. Kami dapat merasai kasih Yehuwa terhadap kami sekumpulan dan juga terhadap setiap individu. Hal ini buat saya sangat gembira!”

Kita akan terus berdoa untuk saudara saudari yang terpaksa melarikan diri kerana pergolakan politik dunia. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menyediakan makanan rohani dan memberikan sokongan kepada saudara saudari kita, tidak kira di mana mereka berada.—Roma 8:38, 39.

 

Para saudara sedang membina pentas dan menyediakan peralatan bagi sistem suara

Enam calon pembaptisan berdiri untuk menjawab soalan pembaptisan di perhimpunan litar bahasa Tshiluba

Saudara saudari yang berbahasa Lingala berjalan ke arah sungai sejauh dua kilometer dari kem pelarian untuk menyaksikan pembaptisan

Saudara Johannes De Jager, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Angola, bersama dengan saudara saudari yang berbahasa Lingala selepas perhimpunan