12 APRIL 2022
COLOMBIA
Sejarah Saksi-Saksi Yehuwa di Colombia selama 100 Tahun
Tahun 2022 ialah ulang tahun ke-100 bagi Saksi-Saksi Yehuwa di Colombia. a
Pada 1922, Heliodoro Hernández, seorang yang suka baca Bible, pinjam beberapa majalah Menara Pengawal daripada kawannya yang bukan Saksi. Heliodoro terus sedar dia telah menjumpai kebenaran dan mula memberitahu orang lain. Selepas menginjil selama dua tahun, dia bertemu dengan Juan Estupiñán, dan mereka mula mengongsi berita baik bersama-sama. Mereka dibaptis pada 1932.
Kemudian, Pertubuhan Watchtower menghantar Saudara Hernández dan Estupiñán sebuah mesin yang dapat memainkan rakaman ceramah. Mereka mainkan ceramah Bible seperti, “Ajaran Tritunggal Dibongkar” dan “Akhir Dunia Ini,” kepada orang umum di seluruh Pergunungan Andes. Sering kali orang menentang mereka disebabkan oleh pengaruh Gereja Katolik.
Para mubaligh dari Sekolah Latihan Gilead tiba pada 1945. Salah seorang daripada mereka, Saudara Olaf Olson, menyatakan berikut dalam kisah hidupnya: “Memang ramai bebiri Yehuwa di sini. Kami bersyukur kerana Dia hantar kami untuk bantu cari dan beri makanan rohani kepada mereka.”
Sebuah pejabat cawangan ditubuhkan di Colombia (mula operasi pada 1 Mei 1946), untuk mengatur kerja menginjil. Saudara Arthur Green, pembantu cawangan yang pertama menulis, “Dengan kuasa suci Yehuwa, ibadat sejati di Colombia sedang diasaskan.”
Kini, terdapat sekitar 190,000 Saksi-Saksi Yehuwa yang mengongsi berita baik dengan bersemangat di Colombia.
Colombia terkenal dengan tanahnya yang subur dan batu permata yang berharga. Tapi, keindahannya yang sebenar ialah “segala sesuatu yang bernilai,” iaitu orang yang dipimpin oleh Yehuwa kepada-Nya. Kita bersukacita melihat berkat Yehuwa yang berterusan untuk kerja penyebaran yang ‘memenuhi Rumah-Nya dengan kemuliaan.’—Hagai 2:7.
a Pada 1931, Pelajar Bible setuju untuk dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa.