Lompat ke kandungan

Saudara Dennis Christensen disambut oleh bapa dan adik perempuannya di Lapangan Terbang Kastrup di Copenhagen pada 25 Mei 2022

25 MEI 2022
RUSIA

Dennis Christensen Dibebaskan dan Dihantar Pulang ke Denmark

Dennis Christensen Dibebaskan dan Dihantar Pulang ke Denmark

Saudari Irina Christensen menantikan pembebasan Saudara Dennis di luar Penjara No. 3 di Lgov, Rusia, pada 24 Mei 2022

Saudara Dennis Christensen tiba di Denmark pada 25 Mei 2022 dengan selamat. Dia dibebaskan pada 24 Mei dan segera dihantar pulang ke Denmark. Dia telah dipenjarakan selama lima tahun di beberapa pusat tahanan yang berlainan.

“Saya sangat gembira kerana telah dibebaskan dan dapat bertemu semula dengan isteri kesayangan saya, Irina,” kata Saudara Dennis. “Sokongan dan galakan daripada persaudaraan sedunia kita ialah kurniaan daripada Yehuwa. Saya terus berdoa bagi saudara saudari kita yang berani dan yang masih di penjara kerana iman mereka.”

Saudara Dennis dan Saudari Irina di Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow

Keperluan rohani dan fizikal Saudara Dennis dan Saudari Irina sedang dijaga oleh sahabat dan ahli keluarga mereka. Mereka berkata, “Kami menanti-nantikan masanya kami dapat beribadat secara bebas bersama saudara saudari kami di Denmark.”

Saudara Dennis ditangkap dan ditahan pada 25 Mei 2017 semasa menghadiri perjumpaan di Oryol. Pada masa itu, pegawai polis yang bersenjata dan bertopeng menyerbu Dewan Perjumpaan. Sebulan sebelum itu, Mahkamah Agung Rusia telah mengharamkan aktiviti Saksi-Saksi Yehuwa. Saudara Dennis disabitkan bersalah atas tuduhan mengaturkan aktiviti organisasi ekstremis.

Pihak berkuasa Rusia berulang kali menyatakan bahawa larangan yang dikenakan pada tahun 2017 itu hanya melibatkan badan berkanun Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka mendakwa bahawa hak individu Saksi-Saksi Yehuwa untuk menjalankan ibadat tidak dilanggar dan para Saksi dapat beribadat secara bebas. Namun, sejak Saudara Dennis ditahan, kerajaan Rusia telah mengadakan kempen agresif untuk menangkap dan memenjarakan banyak Saksi di seluruh Rusia dan Crimea.

Dalam perjalanan ke Denmark, kapal terbang mereka berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul. Dua orang saudara berbangsa Turki menyambut Saudara Dennis dan Saudari Irina

Setakat hari ini, masih terdapat 91 orang saudara saudari dalam penjara. Kita berdoa agar Yehuwa terus menyokong saudara saudari kita yang setia dan memperlakukan mereka dalam “cara yang istimewa.”—Mazmur 4:3.