Lompat ke kandungan

Saudara Ivan Shulyuk

16 FEBRUARI 2022| DIKEMASKINIKAN: 10 MEI 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Kesabaran Bantu Saudara Ivan Shulyuk Tabah Hadapi Tentangan

TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Kesabaran Bantu Saudara Ivan Shulyuk Tabah Hadapi Tentangan

Pada 10 Mei 2023, Mahkamah Bandar Nazarovo di Kawasan Krasnoyarsk mensabitkan Saudara Ivan Shulyuk dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tujuh tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 18 Jun 2020

    Pegawai polis yang bersenjata menyerbu apartmen pasangan Shulyuk dan menangkap Ivan. Dia ditempatkan dalam pusat tahanan sementara

  2. 19 Jun 2020

    Mahkamah arahkan agar Ivan dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 9 Julai 2020

    Dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan. Dilarang untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun di luar rumahnya tanpa kebenaran. Diarahkan untuk tidak keluar rumah dari 6:00 pagi hingga 11:00 malam. Ini menghalangnya untuk bekerja

  4. 14 Ogos 2020

    Penyiasat cuba lanjutkan tempoh sekatan tapi ditolak kerana reputasi baik Ivan. Kebanyakan sekatan telah ditarik balik

  5. 17 Ogos 2020

    Sekatan perjalanan dikenakan

  6. 15 September 2021

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Kita amat bersyukur kerana “Yehuwa tahu cara untuk menyelamatkan orang yang mengabdikan diri kepada-Nya supaya mereka dibebaskan daripada cubaan.”—2 Petrus 2:9.