Hosea 9:1-17

  • Efraim ditolak oleh Tuhan kerana berdosa (1-17)

    • “Membaktikan diri kepada perkara yang memalukan” (10)

9  “Hai Israel, janganlah bergembira,+Dan janganlah bersukacita seperti bangsa-bangsa lain, Kerana engkau telah melacurkan diri dan meninggalkan Aku, Tuhanmu;+ Engkau suka menerima upah atas pelacuran yang engkau lakukan di tempat-tempat mengirik* tuaian.+  2  Tetapi engkau tidak akan mendapat makanan di tempat mengirik tuaian;Engkau tidak akan menjumpai apa-apa di tempat memeras anggur, dan engkau akan kehabisan wain baharu.+  3  Engkau tidak akan tinggal lagi di tanah milik Aku, Yehuwa.+Hai Efraim, engkau akan kembali ke Mesir,Dan engkau akan memakan benda-benda yang dianggap najis di Assyria.+  4  Engkau tidak akan lagi mempersembahkan korban wain kepada Aku, Yehuwa;+Aku tidak akan berkenan kepada persembahan-persembahanmu.+ Persembahanmu bagaikan roti yang dimakan semasa upacara berkabung;Semua orang yang memakannya akan menajiskan diri. Hanya engkau yang akan memakan roti itu;Roti itu tidak akan dibawa ke rumah milik Aku, Yehuwa.  5  Apakah yang akan engkau lakukan apabila hari untuk berkumpul tiba?Apakah yang akan engkau lakukan apabila perayaan untuk Aku, Yehuwa, diadakan?  6  Apabila negerimu dimusnahkan, engkau terpaksa melarikan diri.+ Engkau akan dikumpulkan di Mesir,+ lalu dikuburkan di Memfis.+ Semua barangan perakmu akan diliputi belukar berduri,Dan khemahmu akan ditumbuhi semak berduri.  7  Hai Israel, ketahuilah hal ini:Hari untuk menerima hukuman akan tiba,+Dan hari untuk menerima pembalasan akan sampai. Para pelihatmu akan terbukti bodoh, para nabimu akan menjadi gila,Dan engkau akan dibenci kerana kesalahanmu bertimbun-timbun.”  8  Pada suatu ketika, para penjaga+ di Efraim setia kepada Tuhan.+ Tetapi sekarang, para nabi+ itu seperti perangkap yang diletakkan oleh seorang pemburu burung di jalan-jalan Efraim.Di Rumah Tuhan, hanya terdapat kebencian.  9  Seperti yang berlaku di Gibea, umat Israel telah terjebak ke dalam perkara yang membawa kebinasaan.+ Tuhan akan mengingat dosa mereka dan Dia akan menghukum mereka.+ 10  “Semasa Aku menjumpai Israel, mereka bagaikan buah anggur di padang belantara.+ Semasa Aku menemui nenek moyang mereka, mereka seperti buah sulung pokok ara yang baru masak. Tetapi mereka telah pergi kepada Baal di Peor;+Mereka membaktikan diri kepada perkara* yang memalukan,+Sehingga mereka juga menjijikkan seperti tuhan-tuhan yang dicintai oleh mereka itu. 11  Kemuliaan Efraim akan terbang menghilang seperti burung.Mereka tidak akan mendapat anak; wanita dalam kalangan mereka tidak akan mengandung dan melahirkan anak.+ 12  Meskipun anak mereka dilahirkan dan dibesarkan,Aku akan mengambil anak-anak itu sehingga tiada seorang pun yang tinggal.+Ya, malanglah mereka semasa Aku meninggalkan mereka!+ 13  Bagi-Ku Efraim seperti Tirus;+ mereka bagaikan tanaman yang tumbuh di padang rumput.Tetapi sekarang, Efraim harus membawa anak-anak mereka untuk dibunuh oleh musuh-musuh mereka.” 14  Ya Yehuwa, balaslah mereka setimpal dengan perbuatan mereka.Biarlah wanita dalam kalangan mereka keguguran; biarlah wanita mereka tidak dapat menyusui bayi. 15  “Mereka melakukan semua kejahatan itu di Gilgal,+ dan Aku membenci mereka di sana; Semua pemimpin mereka keras kepala. Maka Aku tidak akan lagi mengasihi mereka;+Aku akan mengusir mereka dari rumah-Ku kerana perbuatan jahat yang dilakukan oleh mereka.+ 16  Efraim akan ditumbangkan seperti pokok.+ Ya, mereka seperti pokok yang tidak dapat berbuah lagi, dan yang akarnya sudah kering; Walaupun mereka mendapat anak, Aku akan membunuh anak-anak kesayangan mereka itu.” 17  Tuhan akan menolak mereka,Kerana mereka tidak mendengarkan firman-Nya.+Mereka akan menjadi pelarian dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+

Nota Kaki

Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Atau “tuhan.”