Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 23:1-39
23 Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-muridnya,
2 “Jurutulis hukum dan orang Farisi melantik diri sendiri untuk mengambil tempat duduk Musa.
3 Oleh itu, buatlah semua yang disuruh oleh mereka. Tetapi janganlah tiru perbuatan mereka kerana mereka hanya tahu cakap tetapi tidak tahu buat.+
4 Mereka mengikat beban yang berat dan meletakkannya pada bahu orang lain,+ padahal mereka sendiri tidak sanggup menghulurkan satu jari pun untuk menyentuh beban itu.+
5 Mereka melakukan segala sesuatu hanya untuk dilihat orang.+ Lihatlah betapa besarnya bekas ayat suci yang dipakai oleh mereka sebagai perlindungan!+ Perhatikanlah betapa panjangnya rumbai jubah mereka!+
6 Mereka suka tempat yang terbaik semasa menghadiri jamuan makan dan mereka suka duduk di kerusi yang terdepan dalam rumah ibadat.+
7 Mereka suka menerima salam hormat di tempat awam* dan suka dipanggil Rabbi.*
8 Tetapi janganlah kamu menerima gelaran Rabbi kerana kamu semua bersaudara dan Guru+ kamu hanya satu.
9 Janganlah panggil sesiapa pun di bumi bapa kamu kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa+ yang ada di syurga.
10 Janganlah terima gelaran pemimpin kerana kamu hanya mempunyai seorang Pemimpin, iaitu Kristus.
11 Tetapi orang yang terbesar dalam kalangan kamu mesti melayani kamu.+
12 Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan+ dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.+
13 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu bukan sahaja tidak masuk dalam Kerajaan di syurga, malah kamu mengunci pintunya dan menghalang orang yang ingin memasukinya.+
14 * ——
15 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu menyeberangi laut dan menjelajah darat untuk menjadikan seseorang pemeluk agama kamu. Tetapi apabila dia memeluk agama kamu, kamu menjadikan dia lebih berdosa daripada kamu dan patut dibuang dalam Gehena.*
16 “Alangkah malangnya kamu, pemimpin buta!+ Kamu berkata, ‘Jika seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di Rumah Tuhan, dia mesti melaksanakan sumpahnya.’+
17 Kamu bodoh dan buta! Manakah yang lebih mustahak, emas atau Rumah Tuhan yang menjadikan emas itu suci?
18 Kamu juga berkata, ‘Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia mesti melaksanakan sumpahnya.’
19 Alangkah butanya kamu! Manakah yang lebih mustahak? Persembahan itu atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci?
20 Oleh itu, apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah itu dan demi semua persembahan di atasnya.
21 Apabila seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, dia bersumpah demi rumah itu dan demi Tuhan yang tinggal di situ.+
22 Apabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Tuhan dan demi Dia yang duduk di atas takhta itu.
23 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu memberikan satu persepuluh daripada pudina, adas manis, dan jintan,*+ tetapi kamu tidak mempedulikan hal-hal yang lebih penting dalam Hukum, iaitu keadilan,+ belas kasihan,+ dan kesetiaan. Memberikan satu persepuluh itu penting, tetapi hal-hal yang lain tidak patut diabaikan.+
24 Hai pemimpin buta,+ agas*+ di dalam minuman kamu tapis, tetapi unta+ kamu telan!
25 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan+ tetapi bahagian dalamnya penuh dengan ketamakan+ dan keinginan hati yang melampau.+
26 Hai orang Farisi yang buta, bersihkanlah dahulu bahagian dalam cawan dan pinggan, lalu bahagian luarnya juga akan menjadi bersih.
27 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu seperti kubur bercat putih+ yang nampak cantik dari luar, tetapi di dalam penuh dengan tulang orang mati dan segala macam kenajisan.
28 Demikianlah halnya dengan kamu. Dalam pandangan manusia, kamu seolah-olah melakukan apa yang benar, tetapi hati kamu penuh dengan dusta dan kejahatan.+
29 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu membina kubur* untuk para nabi, dan menghiasi makam orang yang melakukan apa yang benar.+
30 Kamu juga berkata, ‘Seandainya kami hidup pada zaman nenek moyang kami, kami tidak akan terlibat dalam penumpahan darah para nabi.’
31 Maka, kata-kata kamu sendiri membuktikan bahawa kamu keturunan orang yang membunuh para nabi.+
32 Jika demikian, selesaikanlah apa yang dimulakan oleh nenek moyang kamu.
33 “Kamu ular dan keturunan ular yang berbisa.+ Bagaimanakah kamu dapat melarikan diri daripada dihakimi lalu dibuang dalam Gehena?*+
34 Oleh itu, aku akan mengutus nabi,+ orang bijak, dan guru kepada kamu.+ Beberapa orang antara mereka akan kamu bunuh+ dan gantung pada tiang. Ada yang akan kamu cambuk+ di rumah ibadat dan ada pula yang akan kamu aniaya+ dari kota ke kota.
35 Dengan demikian, kamu akan bertanggungjawab atas penumpahan darah semua orang yang melakukan apa yang benar, yang dibunuh di bumi, daripada darah Habel+ sehingga darah Zakharia anak Berekia, yang kamu bunuh di antara Rumah Tuhan dan mazbah.+
36 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Semua dosa itu akan ditanggung oleh generasi ini.
37 “Yerusalem, Yerusalem, kamu membunuh para nabi dan merejam orang yang diutus kepada kamu.+ Sudah banyak kali aku ingin mengumpulkan anak-anak kamu sepertimana seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya! Tetapi kamu semua tidak mahu.+
38 Lihatlah, rumah ini* akan terbiar dan diserahkan kepada kamu!+
39 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mulai sekarang kamu tidak akan melihat aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!’”*+
Nota Kaki
^ Atau “pasar.”
^ Atau “Guru.”
^ Lihat Lampiran A3.
^ Rempah-rempah yang digunakan dalam makanan.
^ Sejenis serangga kecil yang menggigit seperti nyamuk.
^ Atau “makam peringatan.”
^ Harfiah, “rumah kamu,” iaitu Rumah Tuhan.
^ Lihat Lampiran A5.