Mazmur 127:1-5
Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Salomo.
127 Jika bukan Yehuwa yang mendirikan rumah,Sia-sialah usaha orang yang mendirikannya.+
Jika bukan Yehuwa yang melindungi kota,+Sia-sialah usaha orang yang berjaga untuk mengawalnya.
2 Sia-sialah kamu berjerih lelah untuk mencari makan,Sehingga harus bangun awal pagi dan tidur larut malam,Kerana Tuhan menjaga keperluan orang yang dikasihi-NyaDan membolehkan mereka tidur dengan nyenyak.+
3 Anak-anak ialah warisan yang dikurniakan oleh Yehuwa;+Cahaya mata ialah anugerah Tuhan.+
4 Anak-anak yang diperoleh semasa muda,Bagaikan anak panah di tangan seorang pahlawan.+
5 Berbahagialah orang yang mempunyai anak yang banyak.+
Mereka tidak akan dimalukan oleh musuh,Kerana anak-anak mereka akan membela mereka di pintu gerbang kota.