Mazmur 18:1-50
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud, hamba Yehuwa. Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul dan semua musuhnya, Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa:+
18 Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kekuatanku.+ Aku sangat mengasihi-Mu.
2 Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku; Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+
Ya Tuhanku, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.Engkaulah perisaiku dan penyelamatku yang berkuasa.* Engkaulah tempat naunganku.*+
3 Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,Dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.+
4 Tali-tali maut membelit aku;+Seperti banjir kilat, orang yang tidak berguna menakutkan aku.+
5 Tali-tali Kuburan* melilit aku,Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+
6 Dalam kesusahanku, aku berseru kepada Yehuwa.Aku terus berseru kepada Tuhanku untuk meminta tolong,
Lalu Dia mendengar seruanku dari rumah-Nya;+Sememangnya, seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+
7 Bumi mula bergegar dan bergoncang;+Asas-asas gunung pun bergetar dan bergoyang,Kerana Dia telah menjadi murka.+
8 Asap berhembus daripada hidung-Nya,Dan api yang marak keluar daripada mulut-Nya;+Bara api yang bernyala-nyala meletus daripada-Nya.
9 Langit melengkung apabila Dia turun,+Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+
10 Dia terbang dengan mengenderai kerub;*+
Dia melayah turun di atas sayap malaikat.*+
11 Dia menutupi diri-Nya dengan kegelapan;+Dia menyelubungi diri-Nya dengan awan yang mendung dan tebal,+Dan Dia membentangkan kegelapan sebagai khemah di sekeliling-Nya.
12 Daripada cahaya terang di hadapan-Nya,Hujan batu dan bara api turun menembusi awan.
13 Kemudian Dia membuat guruh mengguntur dari langit;+Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, membuat suara-Nya kedengaran+Melalui hujan batu dan bara api yang menyala-nyala.
14 Dia melepaskan anak panah dan mencerai-beraikan musuh-Nya;+Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+
15 Dengan hembusan nafas daripada hidung-Nya,+Dan kerana teguran yang diberikan Yehuwa,Dasar sungai terdedah dan asas bumi pun tersingkap.+
16 Tuhan menghulurkan tangan-Nya dari atas;Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+
17 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku.+
18 Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+Namun Yehuwa tetap menyokong aku.
19 Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku;Dia membawa aku ke tempat yang selamat.*+
20 Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar;+Dia memberkati aku kerana tanganku tidak berbuat salah.+
21 Aku telah mengikut haluan Yehuwa,Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku.
22 Segala hukum-Nya ada di hadapanku;Aku tidak akan mengabaikan perintah-Nya.
23 Aku bertekad untuk tetap suci di hadapan-Nya,+Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+
24 Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+
25 Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+Dan Engkau memperlakukan orang yang tidak bersalah dengan adil.+
26 Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+Tetapi Engkau memperdaya orang yang licik.+
27 Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,*+Tetapi Engkau merendahkan orang yang angkuh.+
28 Ya Yehuwa, Engkaulah yang menyalakan pelitaku;Ya Tuhan, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+
29 Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak;+Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+
30 Haluan Tuhan yang benar sungguh sempurna;+Firman Yehuwa murni.+
Dialah perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+
31 Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa;+
Dia satu-satunya batu perlindungan kita.+
32 Tuhan yang benar menguatkan aku,+Dan Dialah yang menyempurnakan jalanku.+
33 Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,Dan Dia membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+
34 Dia melatih tanganku untuk berperang;Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga.
35 Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai penyelamatan-Mu,+Dan Engkau menyokong aku dengan tangan kanan-Mu.Kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+
36 Engkau melebarkan jalanku,Supaya kakiku tidak tersandung.+
37 Aku akan mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa.
38 Aku akan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi;+Mereka semua akan rebah di bawah kakiku.
39 Engkau memberi aku kekuatan untuk bertempur;Engkau menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+
40 Engkau menyebabkan musuhku berundur daripadaku.Ya, aku akan membinasakan orang yang membenci aku.+
41 Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka;Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka.
42 Aku akan menyingkirkan mereka sepertimana orang membuang lumpur di jalanan;Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin.
43 Engkau menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+
Engkau melantik aku sebagai pemerintah bangsa-bangsa.+
Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+
44 Orang asing akan mendengar khabar angin tentang aku;Mereka akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan, dan mereka akan mematuhi aku.+
45 Orang asing akan hilang keberanian;Dengan gementar, mereka akan keluar dari kubu pertahanan mereka.
46 Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Dia, Gunung Batuku!+
Semoga Dia dimuliakan kerana Dialah Penyelamatku!+
47 Tuhan yang benar menuntut pembalasan bagiku;+Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku.
48 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang berang;Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada orang yang menyerang aku;+Dia menyelamatkan aku daripada orang yang ganas.
49 Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku akan memuliakan-Mu di hadapan semua bangsa,+Dan aku akan menyanyikan lagu untuk memuji nama-Mu.+
50 Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan* raja yang Engkau lantik;+Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,+Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.+
Nota Kaki
^ Atau “tempat naunganku yang tinggi.”
^ Atau “sayap angin.”
^ Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
^ Atau “luas.”
^ Atau “yang menderita.”
^ Atau “Engkau telah memberikan kemenangan yang hebat kepada.”