Mazmur 69:1-36
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Mazmur yang digubah oleh Daud.
69 Ya Tuhan, selamatkanlah aku kerana air yang deras hampir melemaskan aku.+
2 Aku tenggelam di lumpur yang dalam, tanpa tempat untuk menjejakkan kakiku.+
Aku berada di air yang dalam,Dan aku dihanyutkan air yang deras.+
3 Ya Tuhanku, aku sudah letih dan kerongkongku sudah keringKerana aku berseru-seru meminta tolong.+
Mataku penat kerana menantikan-Mu.+
4 Orang yang membenci aku tanpa sebab+Lebih banyak daripada rambut di kepalaku.
Musuh-musuhku yang licik* semakin banyak;Mereka ingin membunuh aku.
Aku dipaksa menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi.
5 Ya Tuhan, Engkau tahu betapa bodohnya aku!Dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu.
6 Janganlah biarkan aku mendatangkan malu kepada orang yang berharap kepada-Mu,Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat.
Janganlah biarkan aku mendatangkan aib kepada orang yang mencari-Mu,Ya Tuhan orang Israel.
7 Kerana Engkau, aku dihina;+Aku diliputi perasaan malu.+
8 Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku;Aku dianggap seperti orang luar oleh saudara kandungku.+
9 Semangatku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api;+Aku sudah menanggung segala celaan yang ditujukan kepada-Mu.+
10 Aku merendahkan diri dengan berpuasa,*Tetapi orang mencela aku.
11 Aku mengenakan kain guni sebagai pakaianku,Tetapi mereka mentertawakan aku.
12 Orang yang duduk di pintu gerbang kota menjadikan aku buah mulut mereka,Dan orang yang mabuk bernyanyi tentang aku.
13 Tetapi ya Yehuwa, semoga doaku sampai kepada-MuPada waktu yang diperkenankan-Mu.+
Ya Tuhan, kasih setia-Mu berlimpah-limpah,Maka jawablah seruanku dan selamatkanlah aku.*+
14 Ya Tuhan, selamatkanlah akuAgar aku tidak tenggelam ke dalam lumpur.
Bebaskanlah aku daripada orang yang membenci aku,Dan selamatkanlah aku daripada air yang dalam.+
15 Janganlah biarkan aku dihanyutkan air bah yang deras;+Janganlah biarkan aku tenggelam ke dasar laut,Dan janganlah biarkan aku ditelan lubang maut.+
16 Jawablah doaku, ya Yehuwa, kerana kasih setia-Mu sungguh besar.+
Berpalinglah kepadaku, kerana belas kasihan-Mu berlimpah-limpah.+
17 Janganlah sembunyikan diri-Mu daripada hamba-Mu ini;+
Jawablah seruanku dengan segera, kerana aku sangat menderita.+
18 Hampirilah aku dan selamatkanlah aku;Bebaskanlah* aku daripada musuh-musuhku.
19 Engkau tahu bagaimana aku dicela, dihina, dan dimalukan.+
Engkau nampak semua musuhku.
20 Aku hancur hati kerana dihina, dan luka di hatiku tidak dapat diubati.*
Aku mencari orang untuk mengasihani aku, tetapi tidak aku temui;+Aku mencari orang untuk melegakan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.+
21 Ketika aku lapar, orang memberi aku racun* sebagai makanan;+Ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka sebagai minuman.+
22 Biarlah jamuan mereka menjadi perangkap untuk mereka;Biarlah kemakmuran mereka menjadi jerat untuk mereka.+
23 Biarlah mata mereka diselubungi kegelapan agar mereka tidak dapat melihat;Biarlah pinggang mereka sentiasa menggeletar.
24 Ya Tuhan, curahkanlah kemurkaan-Mu ke atas mereka,Dan biarlah kemarahan-Mu yang berkobar-kobar menimpa mereka.+
25 Biarlah kediaman mereka terlantar;Janganlah biarkan khemah-khemah mereka didiami orang.+
26 Mereka menganiaya orang yang Engkau hukum,Dan mereka asyik bercakap tentang kesusahan orang yang Engkau lukakan.
27 Biarlah dosa yang ditanggung mereka bertambah berat,Dan janganlah berkenan kepada mereka.
28 Biarlah nama mereka dihapuskan daripada kitab kehidupan,+Dan janganlah catatkan nama mereka bersama nama orang yang berbuat benar.+
29 Ya Tuhan, selamatkanlah aku dan lindungilah aku,
Kerana aku kesakitan dan amat sengsara.+
30 Aku akan bernyanyi untuk memuji nama Tuhan,Dan aku akan mengagungkan-Nya dengan ucapan kesyukuran.
31 Hal itu lebih menyenangkan hati Yehuwa daripada korban lembu jantan,Ataupun korban lembu jantan muda yang bertanduk dan berkuku.*+
32 Orang yang rendah hati akan menyaksikan penyelamatan daripada Tuhan lalu bersukacita.
Hai orang yang mencari Tuhan, semoga hati kamu dikuatkan.
33 Yehuwa mendengar permohonan orang yang miskin,+Dan Dia tidak memandang hina terhadap umat-Nya yang ditawan.+
34 Pujilah Tuhan, hai langit dan bumi!+Pujilah Tuhan, hai laut dan segala hidupan di dalamnya!
35 Tuhan akan menyelamatkan Sion,+Dan Dia akan membina semula kota-kota di negeri Yehuda,Supaya negeri itu menjadi milik umat-Nya dan tempat kediaman mereka.
36 Keturunan hamba-hamba-Nya akan mewarisi negeri itu;+Orang yang mencintai nama-Nya+ akan tinggal di situ.
Nota Kaki
^ Atau “Orang yang memusuhiku tanpa alasan.”
^ Atau mungkin, “Aku menangis dan berpuasa.”
^ Atau “jawablah seruanku kerana Engkaulah penyelamat sejatiku.”
^ Atau “Tebuslah.”
^ Atau “dan aku sudah putus asa.”
^ Atau “tumbuhan yang beracun.”
^ Atau “lembu jantan muda yang cukup besar.”