Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?

Buku ini disediakan untuk membantu anda mempelajari ajaran Bible tentang topik-topik seperti mengapa kita menderita, apa yang berlaku selepas kita mati, rahsia kebahagiaan keluarga, dan sebagainya.

Adakah Keadaan Dunia Mencerminkan Kehendak Tuhan?

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa dunia kita penuh dengan masalah. Adakah anda tahu bahawa Bible menyatakan semua itu akan berubah dan anda juga boleh menikmati perubahan yang baik ini?

BAB 1

Apakah Kebenaran tentang Tuhan?

Adakah anda berasa bahawa Tuhan mengambil berat tentang anda? Pelajarilah sifat-sifat Tuhan dan cara anda dapat menghampiri-Nya.

BAB 2

Bible​—Sebuah Buku daripada Tuhan

Bagaimanakah Bible dapat membantu anda menangani masalah peribadi? Mengapakah anda boleh mempercayai nubuat-nubuat yang tercatat dalam Bible?

BAB 3

Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?

Tuhan ingin menjadikan bumi ini sebuah firdaus di bumi. Adakah kehendak-Nya akan terjadi? Bila?

BAB 4

Siapakah Yesus Kristus?

Ketahuilah mengapa Yesus ialah Mesias yang telah dijanjikan, dia berasal dari mana, dan mengapa dia ialah Anak tunggal Tuhan.

BAB 5

Tebusan​—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan

Apakah itu tebusan? Bagaimanakah anda dapat meraih manfaat daripadanya?

BAB 6

Di Manakah Orang yang Telah Mati?

Ketahuilah ajaran Bible tentang keadaan orang mati dan mengapa manusia mati.

BAB 7

Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati

Pernahkah anda kehilangan orang yang tersayang? Mungkinkah mereka hidup semula? Pelajari apa yang diajarkan oleh Bible tentang pembangkitan.

BAB 8

Apakah Itu Kerajaan Tuhan?

Ramai mengetahui Doa Bapa Kami yang merangkumi ungkapan “Datanglah Kerajaan-Mu.” Apakah erti ungkapan ini?

BAB 9

Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?

Pertimbangkan bagaimana tindakan dan sikap manusia sekarang membuktikan bahawa kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir” yang dinubuatkan dalam Bible.

BAB 10

Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?

Bible menyebut tentang malaikat dan roh jahat. Betulkan makhluk-makhluk roh ini wujud? Dapatkah mereka mempengaruhi hidup anda?

BAB 11

Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?

Ramai menyalahkan Tuhan atas segala penderitaan yang berlaku di bumi. Bagaimana pula dengan anda? Pelajari mengapa Tuhan mengizinkan penderitaan.

BAB 12

Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan

Anda boleh mengamalkan cara hidup yang menyenangkan hati Yehuwa. Bahkan anda boleh menjadi sahabat-Nya.

BAB 13

Pandangan Tuhan terhadap Nyawa

Apakah pandangan Tuhan tentang pengguguran anak, transfusi darah, dan nyawa binatang?

BAB 14

Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia

Suami, isteri, ibu bapa, dan anak-anak patut meniru kasih yang ditunjukkan oleh Yesus. Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada Yesus?

BAB 15

Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan

Pertimbangkan enam ciri yang membantu kita mengenal pasti penganut agama yang benar.

BAB 16

Berpegang Teguh pada Penyembahan Sejati

Apakah cabaran yang mungkin timbul semasa anda menjelaskan kepercayaan anda kepada orang lain? Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian dalam cara yang tidak menyinggung perasaan mereka?

BAB 17

Menghampiri Tuhan Melalui Doa

Adakah Tuhan mendengar doa anda? Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengetahui ajaran Bible tentang doa.

BAB 18

Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan

Apakah langkah-langkah yang mesti diambil jika anda ingin melayakkan diri untuk pembaptisan? Ketahuilah erti pembaptisan dan cara melakukannya.

BAB 19

Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan

Bagaimanakah kita dapat memperlihatkan kasih dan kesyukuran kepada Tuhan?

LAMPIRAN

Nama Tuhan​—Penggunaan dan Ertinya

Banyak terjemahan Bible tidak menggunakan nama Tuhan. Mengapa? Berapa pentingkah nama Tuhan?

LAMPIRAN

Nubuat Daniel tentang Ketibaan Mesias

Lebih daripada 500 tahun sebelum kelahiran Yesus, Tuhan menyingkapkan secara tepat bila Mesias akan datang. Pelajarilah tentang nubuat yang menakjubkan ini!

LAMPIRAN

Yesus Kristus​—Mesias yang Dijanjikan

Semua nubuat Bible tentang Mesias menjadi kenyataan melalui Yesus. Bukalah Bible anda untuk mengetahui butiran yang terperinci tentang nubuat-nubuat ini.

LAMPIRAN

Kebenaran Mengenai Bapa, Anak, dan Roh Kudus

Ramai orang percaya bahawa Bible mengajarkan Tritunggal. Adakah hal ini benar?

LAMPIRAN

Mengapakah Orang Kristian Sejati Tidak Menggunakan Salib dalam Penyembahan?

Betulkah Yesus mati di atas salib? Lihatlah jawapan daripada Bible.

LAMPIRAN

Perjamuan Malam Tuan​—Sambutan yang Memuliakan Tuhan

Penganut agama Kristian diperintahkan untuk memperingati kematian Kristus. Bilakah dan bagaimanakah sambutan ini patut diraikan?

LAMPIRAN

“Jiwa” dan “Roh”​—Apakah Maksud Sebenar Kedua-dua Perkataan Ini?

Ramai orang percaya bahawa semasa seseorang mati, sesuatu dalam tubuhnya yang tidak dapat dilihat akan meninggalkan tubuh lalu terus hidup. Firman Tuhan pula mengatakan apa?

LAMPIRAN

Apakah Itu Sheol dan Hades?

Sesetengah Bible menterjemahkan perkataan Sheol dan Hades sebagai “kubur” atau “neraka.” Apakah erti sebenar kedua-dua perkataan ini?

LAMPIRAN

Apakah Itu Hari Penghakiman?

Pelajari bagaimana Hari Penghakiman membawa berkat kepada semua orang yang setia.

LAMPIRAN

1914​—Tahun yang Penting dalam Nubuat Bible

Apakah bukti daripada Bible yang menunjukkan bahawa tahun 1914 merupakan tahun yang sangat penting?

LAMPIRAN

Siapakah Mikhael, Ketua Malaikat di Syurga?

Bible membantu kita mengenal pasti siapa ketua malaikat yang berkuasa ini. Ketahuilah lebih banyak tentang Mikhael dan apa yang sedang dilakukannya sekarang.

LAMPIRAN

Mengenal Pasti Identiti Babilon Besar

Buku Wahyu menyebut tentang seorang pelacur wanita yang bernama Babilon Besar. Siapakah pelacur ini? Bagaimanakah Bible menggambarkannya?

LAMPIRAN

Adakah Yesus Dilahirkan pada Bulan Disember?

Pertimbangkan cuaca sekitar bulan Disember di Betlehem, iaitu tempat lahir Yesus. Apakah kesimpulan anda?

LAMPIRAN

Patutkah Kita Menyambut Perayaan?

Apakah asal usul kebanyakan perayaan di negara anda? Jawapannya amat menarik.