BAB LIMA
“Wanita yang Sangat Baik”
1, 2. (a) Apakah kerja yang dilakukan oleh Rut? (b) Apakah yang dipelajari oleh Rut tentang Yehuwa? Apakah yang menyentuh hatinya?
RUT masih berada di ladang meskipun senja sudah menjelang, dan ramai pekerja mula berjalan pulang ke kota Betlehem. Dia berlutut dekat timbunan barli yang telah dikumpulkannya lalu memukul tangkai-tangkai barli itu untuk memisahkan bulir barli daripada tangkainya. Meskipun dia sangat letih dan badannya sakit kerana bekerja sepanjang hari, dia masih bekerja. Namun jerih lelahnya tidak sia-sia kerana hasil yang diraihnya sangat baik.
2 Dalam bab sebelum ini, Rut berjanji untuk tidak meninggalkan ibu mentuanya, Naomi, dan dia juga bertekad untuk menyembah Yehuwa. Setelah mereka sampai di Betlehem, Rut mendapat tahu bahawa Yehuwa mahu umat-Nya menjaga kebajikan orang miskin dan orang asing. Sekarang dia sendiri berpeluang untuk bergaul dengan bangsa Israel yang hidup menurut Hukum Tuhan. Kerohanian dan kebaikan hati yang ditunjukkan oleh mereka telah menyentuh hatinya yang pilu.
3, 4. (a) Bagaimanakah Boaz menggalakkan Rut? (b) Bagaimanakah teladan Rut membantu kita menghadapi masalah ekonomi?
3 Salah seorang yang menunjukkan kebaikan hati kepada Rut ialah Boaz, seorang pemilik ladang yang sudah berusia. Boaz telah melayan Rut seperti anaknya sendiri dan menunjukkan keprihatinan kepadanya. Boaz juga memuji Rut kerana dia menjaga Naomi dan memilih untuk bernaung di bawah sayap Yehuwa. Pujian Boaz itu pasti membuat Rut senang hati.—Baca Rut 2:11-14.
4 Tetapi Rut mungkin masih risau tentang masa depannya. Dia ialah orang asing yang miskin dan tidak mempunyai suami atau anak, jadi bagaimanakah dia dapat terus menampung keperluannya dan keperluan Naomi? Dapatkah mereka terus hidup dengan hanya memungut sisa tuaian? Siapakah yang akan menjaganya apabila dia sudah tua? Tidak hairan jika Rut memikirkan semua hal ini. Dewasa ini, ramai orang juga berfikir sedemikian apabila menghadapi
masalah ekonomi. Biarpun begitu, Rut berjaya mengatasi semua masalah ini kerana dia beriman kepada Yehuwa. Jadi marilah kita berusaha meniru iman yang ditunjukkannya.Keluarga yang Sejati
5, 6. (a) Berapa banyakkah barli yang dikumpulkan oleh Rut setelah bekerja sehari suntuk di ladang Boaz? (b) Apakah reaksi Naomi apabila dia nampak Rut?
5 Apabila Rut selesai mengirik semua barli yang dipungutnya, dia mendapat kira-kira 14 kilogram barli. Selepas membungkus barli itu dengan sehelai kain, dia menjunjung bungkusan itu. Kemudian dia berjalan pulang dalam kegelapan yang kian meliputi kota Betlehem.—Rut 2:17.
6 Naomi pasti sangat gembira melihat kepulangan Rut. Dia mungkin terkejut melihat bungkusan besar yang dijunjung oleh Rut. Rut juga membawa balik lebihan makanan yang disimpannya semasa makan tengah hari tadi. Setelah mereka berdua mengisi perut, Naomi bertanya kepada Rut, “Di mana kamu mengumpulkan sisa barli hari ini? Kamu bekerja di ladang siapa? Semoga orang yang menunjukkan kebaikan hati kepadamu itu diberkati.” (Rut 2:19) Nampaknya daya pengamatan Naomi cukup tajam. Dia tahu bahawa Rut dapat membawa pulang begitu banyak barli kerana seseorang telah memperlakukannya dengan baik.
7, 8. (a) Menurut Naomi, siapakah yang menggerakkan Boaz untuk menunjukkan kebaikan hati, dan mengapa? (b) Bagaimanakah Rut menunjukkan bahawa dia memiliki kasih setia?
7 Rut memberitahu Naomi tentang kebaikan hati Boaz. Setelah mendengarnya, hati Naomi tersentuh lalu dia berkata, “Semoga dia diberkati oleh Yehuwa, Tuhan yang sentiasa menunjukkan kasih setia, baik kepada orang yang masih hidup mahupun orang yang sudah mati.” (Rut 2:20) Naomi sedar bahawa Yehuwalah yang telah menggerakkan Boaz untuk menunjukkan kebaikan hati kepada Rut. Yehuwa bukan saja menggerakkan para hamba-Nya untuk bersikap murah hati, Dia bahkan juga berjanji untuk membalas kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka. *—Baca Amsal 19:17.
8 Naomi menyuruh Rut untuk mengikut nasihat Boaz agar terus memungut sisa tuaian di ladangnya dan bekerja dengan pekerja wanita di situ supaya Rut tidak diganggu oleh pekerja lelaki. Rut mendengarkan kata-kata Naomi itu. Dia juga “tetap tinggal bersama ibu mentuanya.” (Rut 2:22, 23) Daripada hal ini, kita tahu bahawa Rut memang memiliki kasih setia. Teladannya menggerakkan kita untuk menanya diri, “Adakah saya mementingkan pertalian keluarga? Adakah saya sentiasa membantu dan menyokong keluarga saya?” Jika kita berbuat demikian, Yehuwa pasti tidak akan melupakan kasih setia yang kita tunjukkan.
Kisah Rut dan Naomi mengingatkan kita untuk menghargai keluarga sendiri
9. Apakah yang dapat kita pelajari daripada Rut dan Naomi tentang keluarga?
9 Sesetengah orang berpendapat bahawa sebuah “keluarga” haruslah mempunyai suami, isteri, anak, datuk, nenek, dan sebagainya. Tetapi kisah Rut dan Naomi menunjukkan bahawa sebuah keluarga dibina atas dasar kasih, dan bukannya bilangan ahlinya. Para penyembah Yehuwa dapat membuka hati dan menunjukkan kasih sayang bahkan dalam keluarga yang sangat kecil. Jadi adakah anda menghargai keluarga anda? Yesus berkata bahawa sidang Kristian adalah seperti sebuah keluarga bagi pengikutnya, terutamanya bagi mereka yang tiada keluarga sendiri.—Mrk. 10:29, 30.
‘Lelaki Itu Berhak untuk Menebus Kita’
10. Apakah yang ingin dilakukan oleh Naomi untuk Rut?
10 Rut terus memungut sisa tuaian di ladang Boaz dari sekitar bulan April hingga bulan Jun. Seraya masa berlalu, Naomi mungkin berfikir tentang apa yang dapat dilakukannya untuk menantunya yang tersayang itu. Semasa di Moab, Naomi telah berkata bahawa dia tidak dapat mencari suami untuk Rut. (Rut 1:11-13) Tetapi sekarang dia berkata kepada Rut, “Anakku, aku harus mencari seorang suami untukmu agar kamu dapat hidup bahagia.” (Rut 3:1) Pada zaman itu, ibu bapa biasanya akan mencari pasangan hidup untuk anak mereka. Memandangkan Naomi sudah menganggap Rut sebagai anaknya sendiri, dia ingin mencari suami untuk Rut agar Rut dapat menikmati kehidupan keluarga yang bahagia. Tetapi apakah yang dapat dilakukan oleh Naomi?
11, 12. (a) Apakah yang dimaksudkan oleh Naomi apabila dia berkata, ‘Boaz berhak untuk menebus kita’? (b) Apakah reaksi Rut terhadap rancangan ibu mentuanya?
11 Semasa Rut menyebut tentang Boaz buat kali pertama, Naomi berkata, “Lelaki itu saudara kita yang berhak untuk menebus kita.” (Rut 2:20) Apakah yang dimaksudkannya? Dalam Hukum Tuhan, terdapat aturan untuk menjaga kebajikan keluarga yang miskin atau yang kehilangan ahli keluarga. Contohnya, jika seorang wanita menjadi balu sebelum melahirkan anak, dia pasti akan berasa sedih kerana nama suami dan garis keturunannya akan terputus. Tetapi Hukum Tuhan membenarkan saudara mendiang suaminya untuk mengahwininya agar dia dapat melahirkan seorang anak untuk meneruskan garis keturunan dan mewarisi harta suaminya. *—Ul. 25:5-7.
12 Naomi memberitahu Rut tentang rancangannya. Mata Rut pasti terbeliak apabila dia mendengar kata-kata ibu mentuanya. Dia masih tidak begitu mengenali Hukum Tuhan dan adat orang Israel, tetapi dia amat menghormati Naomi, maka dia mendengarnya dengan teliti. Biarpun rancangan Naomi kedengaran pelik dan memalukan, Rut bersetuju untuk melakukannya. Dengan rendah hati, dia berkata, “Saya akan melakukan segala yang mak pesan.”—Rut 3:5.
13. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada Rut yang mengikut nasihat Naomi? (Lihat juga Ayub 12:12.)
13 Ada masanya orang muda tidak suka mendengar nasihat ibu bapa atau orang yang lebih berpengalaman. Mereka berfikir bahawa orang yang lebih tua tidak memahami perasaan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka. Tetapi teladan baik Rut mengingatkan kita bahawa kita akan meraih banyak manfaat jika kita mendengarkan nasihat orang yang lebih tua, kerana mereka mengasihi kita dan menginginkan apa yang terbaik bagi kita. (Baca Mazmur 71:17, 18.) Apakah nasihat yang diberikan Naomi kepada Rut? Apakah manfaat yang diraih Rut kerana mengikut nasihat itu?
Rut di Tempat Mengirik Tuaian
14. Apakah itu tempat mengirik tuaian? Bagaimanakah kerja mengirik dijalankan?
14 Pada petang itu, Rut pergi ke tempat mengirik tuaian. Tempat itu ialah sebuah kawasan tanah rata yang telah dimampatkan, dan para petani akan membawa tuaian mereka ke situ untuk diirik dan ditampi. Tempat itu biasanya terletak di lereng atau di puncak bukit kerana angin bertiup dengan kuat di situ pada waktu petang dan senja. Untuk memisahkan biji-bijian daripada sekam dan jerami, para pekerja akan menggunakan serampang atau penyodok untuk menghamburkan hasil yang sudah diirik ke udara supaya sekamnya diterbangkan angin dan biji yang berisi pula akan jatuh ke tanah.
15, 16. (a) Gambarkan apa yang berlaku di tempat mengirik tuaian. (b) Bagaimanakah Boaz sedar bahawa Rut berbaring dekat kakinya?
15 Rut melihat bahawa kerja mengirik pada hari itu hampir selesai. Boaz berada di situ untuk memantau kerja mengirik yang dijalankan, dan para pekerjanya telah menimbunkan biji-bijian itu. Selepas Boaz habis makan, dia pergi berbaring di tepi timbunan itu. Biasanya orang akan berbuat demikian untuk memastikan agar hasil tuaian mereka tidak dicuri. Rut nampak Boaz mula tertidur, dan dia tahu bahawa masanya sudah tiba untuk melaksanakan rancangan Naomi.
16 Hati Rut berdegup kencang seraya dia mendekati Boaz secara diam-diam. Dia dapat melihat bahawa Boaz sudah terlelap. Seperti yang disuruh Naomi, dia membuka selimut yang menutupi Rut 3:8.
kaki Boaz lalu berbaring dekat kakinya. Kemudian dia menunggu Boaz untuk bangun. Setiap saat terasa begitu lambat berlalu. Akhirnya, pada tengah malam, barulah Boaz terjaga daripada tidur. Dia menggigil kesejukan dan bangun untuk menyelimutkan kakinya. Tetapi dia terkejut apabila dia nampak seorang wanita sedang berbaring dekat kakinya.—17. Apakah dua fakta penting yang diketepikan oleh para pentafsir Bible yang mengkritik perbuatan Rut?
17 “Siapakah kamu?” tanya Boaz. Rut menjawab dengan gementar, “Saya Rut, hamba tuan. Bentangkanlah jubah tuan ke atas saya kerana tuanlah yang berhak untuk menebus saya.” (Rut 3:9) Sesetengah pentafsir Bible berpendapat bahawa tindakan dan kata-kata Rut bernada seksual, tetapi mereka telah mengetepikan dua fakta yang penting. Pertama, Rut bertindak mengikut adat pada zaman itu. Memandangkan adat itu tidak lagi diamalkan pada hari ini, kita tidak dapat memahami erti adat itu dengan sepenuhnya. Maka kita tidak patut memandang tindakan Rut menurut taraf moral pada hari ini yang sudah merosot. Kedua, cara Boaz menjawab Rut menunjukkan bahawa dia memandang Rut sebagai wanita yang terpuji dan bersahsiah mulia.
18. Apakah yang dikatakan oleh Boaz untuk menenangkan hati Rut? Apakah maksud kata-katanya?
18 Untuk menenangkan hati Rut, Boaz bercakap kepadanya dengan nada yang lembut. Dia berkata, “Anakku, semoga Yehuwa memberkatimu. Kamu tidak mencari seorang pemuda, baik yang kaya mahupun yang miskin. Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kasih setia yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan sebelum ini.” (Rut 3:10) Ungkapan “apa yang telah kamu lakukan sebelum ini” merujuk kepada keputusan Rut untuk mengikut Naomi ke Israel dan menjaganya. Ungkapan “perbuatanmu ini” pula merujuk kepada tindakannya sekarang. Boaz tahu bahawa seorang wanita muda seperti Rut dapat mencari suami yang lebih muda. Tetapi Rut bukan sahaja menunjukkan kasih setia kepada Naomi, dia bahkan juga menunjukkan kasih setia kepada mendiang suami Naomi kerana dia sudi melahirkan keturunan bagi Elimelekh agar garis keturunannya tidak lenyap. Maka tidak hairanlah Boaz kagum dengan sikap baik Rut.
19, 20. (a) Mengapakah Boaz tidak terus mengahwini Rut? (b) Apakah yang dilakukan oleh Boaz untuk menjaga reputasi Rut? Bagaimanakah dia menunjukkan kebaikan hati kepada Rut?
Rut 3:11) Boaz seorang lelaki yang baik dan tidak mementingkan diri. Dia sudi mengahwini Rut dan menebusnya, tetapi terdapat seorang lelaki lain yang lebih berhak untuk menebusnya kerana lelaki itu mempunyai pertalian darah yang lebih dekat dengan Elimelekh. Maka dia memberitahu Rut bahawa dia akan berjumpa dengan lelaki itu terlebih dahulu dan memberinya peluang untuk menjadi suami Rut.
19 Boaz menyambung, “Janganlah khuatir, anakku. Aku akan memenuhi segala permintaanmu. Semua orang di kota ini tahu bahawa kamu memang wanita yang sangat baik.” (Rut mendapat nama yang baik kerana dia menghormati dan melayani orang lain dengan baik
20 Boaz menyuruh Rut untuk berbaring dan berehat sehingga menjelang pagi. Kemudian Rut boleh beredar dari sana tanpa diketahui orang. Dia ingin melindungi reputasi Rut dan reputasinya sendiri kerana orang lain mungkin akan menyangka bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Maka Rut berbaring dekat kaki Boaz, dan hatinya mungkin lebih tenang selepas Boaz menjawab permintaannya dengan baik. Kemudian dia bangun ketika hari masih gelap, dan Boaz memberinya barli untuk dibawa pulang ke Betlehem.—Baca Rut 3:13-15.
21. Mengapakah Rut dikenali sebagai “wanita yang sangat baik”? Bagaimanakah kita dapat meniru teladannya?
21 Rut pasti berasa senang hati kerana Boaz memujinya sebagai “wanita yang sangat baik.” Dia mempunyai reputasi yang baik ini kerana dia berusaha untuk mengenal Yehuwa dan menyembah-Nya. Dia juga menjaga Naomi dengan baik, dan menyesuaikan diri dengan adat orang Israel. Jika kita meniru iman Rut, kita akan memperlihatkan hormat yang mendalam terhadap orang lain dan budaya mereka. Dengan demikian, kita juga akan mendapat nama yang baik.
Suami untuk Rut
22, 23. (a) Mengapakah Boaz memberi Rut enam bakul barli? (Lihat juga nota kaki.) (b) Naomi menyuruh Rut melakukan apa?
22 “Apa yang telah berlaku, anakku?” tanya Naomi apabila Rut sampai di rumah. Naomi mungkin ingin tahu sama ada Rut bakal menjadi isteri orang atau tidak. Rut segera memberitahunya semua yang berlaku. Dia juga memberi Naomi barli yang dihadiahkan oleh Boaz dengan murah hati kepada Naomi. *—Rut 3:16, 17.
23 Kemudian Naomi menyuruh Rut agar tidak pergi ke mana-mana pada hari itu. Dia berkata, “Boaz tidak akan berhenti selagi dia tidak menyelesaikan perkara ini pada hari ini juga.”—24, 25. (a) Bagaimanakah Boaz menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang baik dan selalu mendahulukan kepentingan orang lain? (b) Apakah berkat yang diraih oleh Rut?
24 Seperti yang dikatakan oleh Naomi, pada hari itu juga, Boaz pergi ke pintu gerbang kota, iaitu tempat para pemimpin kota berkumpul. Dia menunggu di situ sehingga saudara dekat Elimelekh datang. Kemudian di depan para saksi, Boaz memberi lelaki itu peluang untuk membeli kembali ladang milik Elimelekh, iaitu mendiang suami Naomi, dan mengahwini Rut. Tetapi lelaki itu enggan berbuat demikian kerana hal itu akan merugikannya. Maka Boaz berkata bahawa dia akan menebus tanah Elimelekh dan mengahwini Rut, iaitu balu Mahlon, agar “tanah milik Mahlon akan tetap menjadi milik keturunannya.” (Rut 4:1-10) Ya, Boaz memang seorang lelaki yang baik dan selalu mendahulukan kepentingan orang lain.
25 Setelah Boaz mengahwini Rut, “Yehuwa memberkati Rut, dan dia mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki.” Para wanita di Betlehem memberkati Naomi dan berkata bahawa Rut lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Pada kemudian hari, anak lelaki Rut itu menjadi nenek moyang Daud. (Rut 4:11-22) Daud ialah nenek moyang Yesus.—Mat. 1:1. *
26. Kisah hidup Rut dan Naomi mengingatkan kita tentang apa?
26 Rut diberkati dengan melimpah, begitu juga dengan Naomi, yang membesarkan anak Rut seperti anaknya sendiri. Kisah hidup Boaz, Naomi, dan Rut, mengingatkan kita bahawa Yehuwa memperhatikan para penyembah-Nya yang setia, dan Dia akan memberkati mereka yang bekerja keras untuk menjaga keperluan keluarga mereka.
^ per. 7 Seperti yang dikatakan oleh Naomi, Yehuwa juga menunjukkan kasih setia kepada orang yang sudah mati. Jika Elimelekh, Mahlon, atau Kilyon masih hidup, mereka pasti ingin Rut dan Naomi dilayan dengan baik. Maka kebaikan hati yang ditunjukkan kepada dua orang wanita ini, sama seperti ditujukan kepada mereka.
^ per. 11 Hak untuk mengahwini seorang balu dan hak untuk mewarisi harta pusaka akan diberikan kepada saudara lelaki yang terdekat terlebih dahulu.—Bil. 27:5-11.
^ per. 22 Terdapat dua kemungkinan mengapa Boaz memberi Rut enam bakul barli. Pertama, seperti seorang pekerja yang akan berehat setelah bekerja selama enam hari, Rut akan “berehat,” iaitu mendapat seorang suami yang akan menjaganya. Kedua, Rut hanya mampu membawa enam bakul barli.