Tuhan Menjanjikan Kesihatan Mental yang Sempurna
Dalam Bible, Tuhan memberi kita nasihat dan kelegaan supaya kita dapat menangani masalah kesihatan mental.
Bukan itu sahaja. Tuhan juga berjanji untuk melenyapkan punca masalah kesihatan mental buat selama-lamanya.
Apabila Tuhan menunaikan janji-Nya, rasa pilu, murung, dan memori yang pahit, “tidak akan terlintas dalam fikiran lagi, dan tidak akan dikenang sama sekali.”—Yesaya 65:17.
Saksi-Saksi Yehuwa gembira untuk membantu anda memahami bila dan bagaimana Tuhan akan menunaikan janji-Nya yang menakjubkan itu.