Terus Berdoa untuk Mendapat Perkenan Tuhan
Doa merupakan kurniaan yang istimewa daripada Tuhan. Melalui doa, kita dapat bercakap dengan Tuhan dan meluahkan isi hati kita kepada-Nya. Daud, salah seorang utusan Tuhan, pernah berdoa: “Ya Tuhan, Engkau ialah Pendengar doa; segala macam orang akan datang kepada-Mu.” (Mazmur 65:2) Namun, bagaimanakah kita dapat memastikan agar doa kita didengari dan diberkati oleh Tuhan?
BERDOA DENGAN IKHLAS DAN RENDAH HATI
Semasa anda berdoa, anda boleh mencurahkan isi hati anda kepada Tuhan. (Mazmur 62:8) Tuhan Yang Maha Kuasa menghargai doa yang diucapkan dari hati.
MENGGUNAKAN NAMA TUHAN SEMASA BERDOA
Tuhan ada banyak gelaran, namun Dia hanya ada satu nama peribadi. “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.” (Yesaya 42:8) Nama Yehuwa muncul kira-kira 7,000 kali dalam Ayat-Ayat Suci. Banyak utusan Tuhan menggunakan nama-Nya semasa berdoa. Sebagai contoh, Abraham berkata, “Yehuwa, . . . izinkanlah aku bercakap lagi.” (Kejadian 18:30) Jadi, semasa berdoa, gunakanlah nama Tuhan, iaitu Yehuwa. *
BERDOA DALAM BAHASA SENDIRI
Tidak kira bahasa apa yang kita gunakan, Tuhan memahami perasaan dan fikiran kita. Firman-Nya mengatakan, “Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”—Kisah 10:34, 35.
Walau bagaimanapun, untuk mendapat berkat Tuhan, berdoa sahaja tidak mencukupi. Dalam rencana berikut, kita akan membincangkan hal-hal lain yang patut kita lakukan.
^ per. 6 Nama Tuhan juga muncul dalam terjemahan Bible lain seperti Alkitab Berita Baik. Lihat nota kaki Kejadian 2:4.