Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ya, Inilah Majalah Pembelajaran Kita!

Ya, Inilah Majalah Pembelajaran Kita!

Ya, Inilah Majalah Pembelajaran Kita!

Kami telah mengubah reka letak edisi pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan berguna bagi anda untuk mengkaji Firman Yehuwa.​—Mzm. 1:2; 119:97.

Empat tahun lalu, kami mula menerbitkan dua edisi The Watchtower, satu untuk orang ramai, dan satu untuk Saksi-Saksi Yehuwa dan pelajar Bible yang membuat kemajuan.

Seorang saudara yang telah lama menyembah Yehuwa menulis, “Hebat dan menyentuh jiwa! Itulah tanggapan saya ketika membaca edisi pembelajaran yang pertama. Kebenaran Bible yang dihuraikan dengan teliti menyentuh hati saya. Ribuan terima kasih untuk majalah yang menakjubkan ini.” Seorang lagi saudara menulis, “Saya tak sabar nak meluangkan masa untuk mempelajari majalah ini sambil menggunakan Bible saya.” Anda tentu bersetuju dengan mereka.

The Watchtower diterbitkan sejak tahun 1879. Tanpa daya aktif dan berkat Yehuwa, kejayaan ini mustahil tercapai. (Za. 4:6) Sepanjang 133 tahun yang lalu, kulit depan majalah kita telah diubah beberapa kali. Bermula tahun 2012, sebuah lukisan akan dipaparkan pada kulit depan edisi pembelajaran. Lukisan yang bertemakan kerja penyebaran akan mengingatkan kita tentang tugas yang diamanahkan oleh Tuhan. (Kis. 28:23) Pada muka 2, anda dapat melihat foto yang dilukis pada kulit majalah, serta penjelasan ringkas tentang latar belakangnya. Sepanjang tahun 2012, ciri baru ini akan mengingatkan kita bahawa umat Yehuwa sedang menyerantakan berita baik ke “seluruh dunia.”​—Mat. 24:14.

Apa lagi yang telah diubah? Kotak ulang kaji telah dipindahkan ke halaman pertama rencana pembelajaran. Dengan ini anda akan mengetahui isi-isi utama yang perlu diperhatikan semasa membaca dan mengkaji rencana itu. Namun, saudara yang mengendalikan pembelajaran majalah digalakkan untuk menggunakannya bagi ulang kaji pada akhir pembelajaran. Selain itu, nombor perenggan dan nombor muka surat kini lebih mudah dilihat.

Mulai terbitan bulan ini, rencana baru “Khazanah Rohani Kita” ditambahkan supaya kita mengetahui perkembangan penting dalam sejarah moden Saksi-Saksi Yehuwa. Dari semasa ke semasa, kisah benar rakan seiman kita akan disiarkan dalam rencana “Mereka Rela Berkhidmat.” Anda berpeluang menghayati sukacita, kepuasan, dan kebahagiaan saudara saudari yang telah berkhidmat di kawasan yang memerlukan lebih banyak penyiar.

Semoga majalah ini membantu anda menikmati masa yang digunakan untuk mendalami Firman Tuhan.

Penerbit

[Gambar pada muka surat 3]

1879

[Gambar pada muka surat 3]

1895

[Gambar pada muka surat 3]

1931

[Gambar pada muka surat 3]

1950

[Gambar pada muka surat 3]

1974

[Gambar pada muka surat 3]

2008