Adakah Anda ‘Nampak Tuhan yang Tidak Kelihatan’?
‘Musa tidak mahu berpatah balik, kerana seolah-olah dia sudah nampak Tuhan yang tidak kelihatan itu.’
1, 2. (a) Jelaskan mengapa Musa seperti dalam bahaya. (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Mengapakah Musa tidak takut akan kemurkaan raja?
FIRAUN adalah raja yang berkuasa dan rakyat Mesir menyembahnya sebagai tuhan. Sebuah buku menyatakan bahawa “kebijaksanaan dan kuasanya jauh lebih tinggi daripada segala makhluk lain di bumi.” (When Egypt Ruled the East) Mahkota Firaun mempunyai lambang ular tedung yang bersedia untuk menyerang. Hal ini adalah untuk menakutkan rakyat dan mengancam musuh. Bayangkan perasaan Musa apabila Yehuwa memberitahunya, “Sekarang Aku mengutus engkau untuk menghadap raja Mesir supaya engkau dapat memimpin umat-Ku keluar.”
2 Musa ke Mesir untuk menyampaikan pesanan Tuhan. Hal itu menyebabkan Firaun berang. Selepas tulah yang kesembilan, Firaun memberi amaran kepada Musa, “Jangan menghadap beta lagi! Jika engkau menghadap beta lagi, engkau akan mati.” (Kel. 10:28) Sebelum Musa meninggalkan Firaun, dia bernubuat bahawa anak sulung raja akan mati. (Kel. 11:4-8) Kemudian Musa memberikan arahan supaya setiap keluarga Israel menyembelih seekor domba atau kambing
3. Apakah yang akan dibincangkan mengenai iman Musa terhadap ‘Tuhan yang tidak kelihatan’?
3 Adakah iman anda kuat sehingga anda seolah-olah dapat melihat Tuhan? (Mat. 5:8) Contoh Musa akan membantu kita untuk menguatkan iman. Bagaimanakah iman melindungi Musa daripada takut akan manusia? Bagaimanakah Musa menunjukkan bahawa dia percaya akan janji-janji Tuhan? Bagaimanakah kebolehan untuk ‘nampak Tuhan yang tidak kelihatan’ menguatkan Musa dan orang Israel semasa dilanda bahaya?
DIA TIDAK ‘TAKUT KEMURKAAN RAJA’
4. Bagi orang yang tidak beriman, apakah situasi Musa jika dibandingkan dengan Firaun?
4 Bagi orang yang tidak beriman, Firaun lebih berkuasa daripada Musa. Kehidupan dan masa depan Musa seperti dikawal oleh Firaun. Musa sendiri pernah menanya Yehuwa, “Siapakah aku ini? Aku tidak sanggup menghadap raja dan membawa orang Israel keluar dari Mesir.” (Kel. 3:11) Lebih kurang 40 tahun sebelumnya, Musa melarikan diri dari Mesir. Dia mungkin tertanya, “Adakah berbaloi untuk kembali ke Mesir dan membuat raja menjadi murka?”
5, 6. Apakah yang membantu Musa untuk takut kepada Yehuwa dan bukannya Firaun?
5 Tuhan memberikan pengajaran yang penting kepada Musa sebelum dia kembali ke Mesir. Musa mencatatkan pengajaran ini dalam buku Ayub, “Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan.” (Ayb. 28:28) Untuk membantu Musa memupuk rasa takut dan bertindak dengan bijak, Yehuwa membandingkan diri-Nya dengan manusia. Tuhan Yang Maha Kuasa bertanya, ‘Siapakah yang memberikan mulut kepada manusia? Siapakah yang membuat manusia bisu atau tuli? Siapakah yang membuat manusia celik atau buta? Aku, Yehuwa.’
6 Apakah pengajarannya? Musa tidak perlu takut kerana dia diutus oleh Yehuwa. Tuhan pasti memberikan kuasa kepada Musa untuk menyampaikan mesej-Nya kepada Firaun. Lagipun, Yehuwa lebih berkuasa daripada Firaun dan ini bukan kali pertama hamba Tuhan menghadapi ancaman daripada raja Mesir. Musa mungkin merenung bagaimana Yehuwa telah melindungi Abraham, Yusuf, dan dirinya sendiri semasa pemerintahan Firaun yang lain. (Kej. 12:17-19; 41:14, 39-41; Kel. 1:22–2:10) Kerana beriman kepada ‘Tuhan yang tidak kelihatan,’ Musa berani menghadap Firaun dan menyampaikan setiap pesanan Yehuwa.
7. Bagaimanakah seorang saudari dilindungi kerana beriman kepada Yehuwa?
7 Iman juga telah melindungi seorang saudari daripada perasaan takut akan manusia. Pada tahun 1949, Ella ditahan di Estonia oleh agensi kerajaan Kesatuan Soviet (KGB). Pakaiannya ditanggalkan lalu dia dipandang oleh para pegawai polis muda. Dia berkata, “Saya sangat malu. Namun, selepas berdoa, hati saya menjadi tenang dan aman.” Kemudian, Ella dikurung seorang diri selama tiga hari. Dia berkata, “Para pegawai menjerit, ‘Kami akan memastikan bahawa nama Yehuwa tidak disebut lagi di Estonia! Kamu akan dihantar ke kem tahanan dan yang lain akan dihantar ke Siberia!’ Mereka juga mencemuh, ‘Di mana Yehuwamu?’” Adakah Ella berasa takut akan manusia atau adakah dia beriman kepada Yehuwa? Semasa disoal, dia berkata dengan berani, “Saya sudah berfikir dengan mendalam. Saya rela hidup dalam penjara dan mengekalkan hubungan saya dengan Yehuwa daripada dibebaskan dan hilang perkenan-Nya.” Bagi
Ella, Yehuwa sangat nyata, seolah-olah Dia berdiri di depannya. Kerana beriman, dia dapat mengekalkan integritinya.8, 9. (a) Apakah penawar untuk perasaan takut akan manusia? (b) Jika anda berasa takut akan manusia, siapakah yang harus menjadi tumpuan anda?
8 Iman dapat membantu anda supaya tidak takut. Jika pihak berkuasa menghalang anda daripada menyembah Tuhan, anda mungkin berasa bahawa kehidupan dan masa depan anda dikawal oleh manusia. Anda mungkin berfikir, “Adakah berbaloi untuk terus menyembah Yehuwa dan membuat pihak berkuasa menjadi marah?” Ingatlah, penawar untuk perasaan takut akan manusia adalah iman kepada Tuhan. (Baca Amsal 29:25.) Yehuwa bertanya, “Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana? Manusia seperti rumput yang cepat layu.”
9 Bertumpulah pada Bapa kita yang Maha Kuasa. Dia nampak orang yang menderita akibat ketidakadilan. Dia berbelas kasihan dan ingin membantu mereka. (Kel. 3:7-10) Biarpun anda perlu mempertahankan iman di depan pihak berkuasa, ‘janganlah khuatir tentang apa yang hendak anda katakan atau bagaimana anda harus mengatakannya. Apabila tiba masanya, anda akan diberitahu apa yang harus anda katakan.’ (Mat. 10:18-20) Para pemerintah manusia tidak setanding dengan Yehuwa. Jika anda menguatkan iman sekarang, anda akan melihat Yehuwa sebagai Tuhan yang nyata, yang bersedia untuk membantu anda.
DIA BERIMAN TERHADAP JANJI TUHAN
10. (a) Apakah arahan Yehuwa kepada orang Israel pada bulan Nisan 1513 SM? (b) Mengapakah Musa mengikut arahan Yehuwa?
10 Pada Nisan 1513 SM, Yehuwa menyuruh Musa dan Harun untuk mengarahkan orang Israel supaya memilih seekor domba atau kambing jantan yang sihat, menyembelihnya, dan menyapukan darahnya pada tiang pintu. (Kel. 12:3-7) Apakah yang Musa lakukan? Menurut Paulus, “Kerana beriman, Musa memulakan Paska dan memberikan perintah supaya darah dipercikkan pada pintu, agar Malaikat Maut tidak membunuh anak laki-laki sulung orang Israel.” (Ibr. 11:28, ABB) Musa percaya bahawa Yehuwa akan menepati janji-Nya untuk membunuh semua anak sulung di Mesir.
11. Mengapakah Musa memberi amaran kepada orang lain?
11 Pada masa itu, anak-anak Musa berada di Midian, jauh daripada “Malaikat Maut.” * (Kel. 18:1-6) Walaupun begitu, Musa mengasihi orang yang sebangsa dengannya. Oleh itu dia memberikan amaran kepada keluarga Israel yang lain bahawa anak sulung mereka dalam bahaya. Dia segera “memanggil semua pemimpin Israel dan berkata kepada mereka, . . . ‘Sembelihlah binatang itu.’”
12. Yehuwa mengarahkan kita untuk menyebarkan mesej apa?
12 Dengan bantuan para malaikat, umat Yehuwa sedang menyebarkan mesej penting ini, ‘Hormatilah Tuhan dan pujilah kebesaran-Nya! Tibalah masanya Tuhan menghakimi manusia. Sembahlah Dia yang menjadikan langit, bumi, laut, dan semua mata air!’ (Why. 14:7) Sekaranglah masanya untuk menyebarkan berita ini. Kita mesti memberi amaran kepada orang untuk keluar dari Babilon Besar supaya tidak turut “menanggung hukumannya.” (Why. 18:4) “Domba-domba lain” menyertai golongan terurap untuk membantu orang ‘menjadi sahabat Tuhan.’
13. Apakah yang akan menguatkan keinginan kita untuk menyebarkan berita baik?
13 Kita yakin bahawa ‘masa Tuhan menghakimi manusia’ sudah tiba. Kita juga percaya bahawa kerja penyebaran sangat penting, seperti yang Why. 7:1) Adakah anda percaya bahawa malaikat-malaikat ini sudah bersedia untuk melepaskan angin kesengsaraan besar ke atas bumi? Jika anda dapat melihat malaikat tersebut dengan mata rohani, anda akan menyebarkan berita baik dengan penuh keyakinan.
Yehuwa katakan. Dalam suatu penglihatan, rasul Yohanes “nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi.” (14. Apakah yang mendorong kita untuk ‘menyampaikan amaran kepada orang jahat agar mengubah kelakuannya supaya dia selamat’?
14 Orang Kristian sejati sudah menikmati hubungan yang baik dengan Yehuwa dan mempunyai harapan kehidupan kekal. Namun, kita bertanggungjawab untuk ‘menyampaikan amaran kepada orang jahat agar mengubah kelakuannya supaya dia selamat.’ (Baca Yehezkiel 3:17-19.) Kita tidak menginjil hanya untuk mengelakkan hutang darah, tetapi kerana kita mengasihi Yehuwa serta orang lain. Cerita ibarat Yesus mengenai seorang lelaki Samaria menunjukkan maksud sebenar kasih dan belas kasihan. Maka, tanyalah diri, “Adakah saya seperti orang Samaria itu? Adakah ‘belas kasihan’ mendorong saya untuk memberikan kesaksian?” Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti imam dan orang Lewi yang “menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.” (Luk. 10:25-37) Iman terhadap janji Tuhan dan kasih terhadap orang lain mendorong kita untuk menyebar dengan lebih giat sebelum akhir tiba.
“ORANG ISRAEL DAPAT MENYEBERANG LAUT MERAH”
15. Mengapakah orang Israel berasa terperangkap?
15 Selepas keluar dari Mesir, umat Israel menghadapi bahaya. Iman Kel. 14:10-12, ABB) Orang Israel sepatutnya tahu bahawa mereka akan diserang kerana Yehuwa pernah berkata, ‘Aku akan menyebabkan raja Mesir berdegil sehingga dia mengejar kamu; kemenangan-Ku atas raja itu akan mendatangkan penghormatan kepada-Ku. Kemudian orang Mesir akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’ (Kel. 14:4) Namun, orang Israel tidak beriman dan berasa terperangkap. Mereka hanya nampak Laut Merah di hadapan, tentera Firaun yang mengejar dengan laju dari belakang, dan seorang pemimpin yang sudah berumur 80 tahun.
terhadap ‘Tuhan yang tidak kelihatan’ telah membantu Musa. Menurut Bible, ‘Apabila orang Israel melihat raja dan tentera Mesir mara untuk menyerang mereka, mereka takut lalu berseru kepada Yehuwa meminta pertolongan.’ (16. Bagaimanakah iman menguatkan Musa semasa di Laut Merah?
16 Musa tidak takut. Dia dapat melihat sesuatu yang lebih kuat daripada laut atau pasukan tentera. Dia nampak ‘apa yang akan dilakukan oleh Yehuwa untuk menyelamatkan’ bangsa Israel. (Baca Keluaran 14:13, 14.) Iman Musa menguatkan umat Tuhan. Bible menyatakan, “Kerana beriman, orang Israel dapat menyeberang Laut Merah, seolah-olah mereka berjalan di atas tanah yang kering.” Namun, “ketika orang Mesir cuba menyeberang, mereka mati lemas di dalam laut itu.” (Ibr. 11:29) Kemudian, orang Israel ‘takut akan Yehuwa; mereka percaya kepada Yehuwa dan hamba-Nya Musa.’
17. Apakah peristiwa pada masa depan yang akan menguji iman kita?
17 Tidak lama lagi, kita seolah-olah akan menghadapi bahaya. Menjelang kemuncak kesengsaraan besar, kerajaan di dunia akan memusnahkan dan membinasakan agama-agama yang lebih besar serta berkuasa daripada kita. (Why. 17:16) Yehuwa bernubuat bahawa kita akan seperti “negeri yang tidak mempunyai pertahanan . . . yang tidak bertembok.” (Yeh. 38:10-12, 14-16) Orang yang tidak beriman mungkin berfikir bahawa kita tidak akan selamat. Bagaimana pula dengan anda?
18. Jelaskan mengapa kita dapat tetap teguh semasa kesengsaraan besar.
18 Kita usah takut kerana Yehuwa akan menyelamatkan umat-Nya apabila diserang. ‘Yehuwa Raja berfirman, “Pada hari Gog menyerang Israel, Aku akan menjadi berang.”’ (Yeh. 38:18-23) Tuhan akan membinasakan semua yang ingin mencederakan umat-Nya. Jika anda beriman bahawa Yehuwa akan melindungi anda pada ‘hari-Nya yang dahsyat dan mengerikan,’ anda dapat tetap teguh dan melihat penyelamatan Yehuwa.
19. (a) Seberapa rapatkah persahabatan Musa dengan Yehuwa? (b) Jika anda mematuhi Yehuwa ‘dalam segala perbuatan,’ apakah berkat yang akan anda nikmati?
19 Bersiaplah sekarang bagi peristiwa-peristiwa yang menggemparkan itu dan tetaplah teguh seolah-olah anda ‘nampak Tuhan yang tidak kelihatan’! Kuatkanlah hubungan anda dengan Tuhan Yehuwa melalui pembelajaran Bible dan doa yang tetap. Musa rapat dengan Yehuwa dan dia telah digunakan oleh Yehuwa untuk melakukan perkara-perkara yang hebat. Bible menyatakan bahawa Yehuwa “berhadapan muka dengan Musa.” (Ul. 34:10) Musa ialah nabi yang istimewa. Anda juga dapat seolah-olah melihat Yehuwa dan memiliki persahabatan yang erat dengan-Nya. Patuhilah Tuhan ‘dalam segala perbuatan anda, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepada anda.’
^ per. 11 Yehuwa telah menghantar malaikat-malaikat untuk membunuh anak sulung orang Mesir.