Yehuwa Akan Menolong Anda
‘Yehuwa akan menolong mereka ketika mereka sakit.’—MZM. 41:4.
LAGU: 23, 138
1, 2. Apakah yang dilakukan Tuhan pada zaman Bible? Apakah yang mungkin difikirkan oleh sesetengah orang yang sakit hari ini?
JIKA anda pernah menghidap penyakit yang serius, anda mungkin bertanya, “Adakah saya akan sembuh?” Mungkin ahli keluarga atau kawan anda pernah sakit dan anda tertanya-tanya jika dia akan sembuh. Dalam Bible, terdapat beberapa orang yang menanyakan hal yang sama. Contohnya, Raja Ahazia, iaitu anak Ahab dan Izebel, tertanya-tanya jika dia akan sembuh selepas dia terjatuh. Raja Benhadad dari Siria juga pernah bertanya jika dia akan sembuh. (2 Raj. 1:2; 8:7, 8) Maka, menginginkan kesihatan yang baik bagi diri kita dan orang yang dikasihi ialah perkara biasa.
2 Bible menceritakan bahawa Yehuwa secara mukjizat telah menyembuhkan orang yang sakit serta menggunakan para nabi untuk membangkitkan orang. (1 Raj. 17:17-24; 2 Raj. 4:17-20, 32-35) Maka sesetengah orang pada hari ini juga mungkin berfikir bahawa Tuhan akan menyembuhkan mereka secara mukjizat.
3-5. Apakah yang dapat dilakukan Yehuwa dan Yesus? Apakah soalan-soalan yang akan dibincangkan?
3 Yehuwa mempunyai kuasa yang dapat memberikan kesan Kej. 12:17; Bil. 12:9, 10; 2 Sam. 24:15) Tuhan telah menghukum orang Israel yang tidak setia dengan “penyakit dan wabak.” (Ul. 28:58-61) Namun, Yehuwa pernah melindungi umat-Nya daripada jatuh sakit. (Kel. 23:25; Ul. 7:15) Dia bahkan dapat menyembuhkan mereka. Contohnya, apabila Ayub merana kerana penyakitnya dan ingin mati, Yehuwa dapat menyembuhkan penyakitnya.—Ayb. 2:7; 3:11-13; 42:10, 16.
terhadap kesihatan kita. Contohnya, pada zaman Abraham, Tuhan menghukum Firaun dengan sejenis penyakit. Pada zaman Musa, Yehuwa melakukan hal yang sama terhadap Miryam. (4 Kita pasti bahawa Yehuwa berupaya menyembuhkan orang yang sakit. Yesus juga boleh berbuat demikian. Semasa di bumi, Yesus menyembuhkan orang yang menghidapi penyakit kusta dan sawan. Dia juga menyembuhkan orang buta dan lumpuh. (Baca Matius 4:23, 24; Yoh. 9:1-7) Melalui mukjizat-mukjizat ini, kita dapat membayangkan apa yang akan dilakukan Yesus di dunia baru. Di sana, ‘tiada sesiapa yang akan mengeluh kerana sakit.’—Yes. 33:24.
5 Jadi jika kita menghidapi penyakit yang teruk sekarang, bolehkah kita mengharapkan Yehuwa atau Yesus untuk menyembuhkan kita secara mukjizat? Apakah yang harus kita pertimbangkan semasa memilih rawatan?
BERGANTUNG PADA YEHUWA APABILA SAKIT
6. Apakah yang dikatakan Bible tentang mukjizat yang dilakukan oleh orang Kristian abad pertama?
6 Pada abad pertama, Tuhan membolehkan sesetengah orang Kristian terurap melakukan mukjizat. (Kis. 3:2-7; 9:36-42) Misalnya, mereka dapat menyembuhkan orang dan bercakap dalam pelbagai bahasa. (1 Kor. 12:4-11) Namun seperti yang dikatakan Bible, mukjizat itu akan berhenti. (1 Kor. 13:8) Maka hari ini, kita tidak mengharapkan Tuhan menyembuhkan kita atau orang yang dikasihi secara mukjizat.
7. Bagaimanakah Mazmur 41:4 menggalakkan kita?
7 Jika anda jatuh sakit, Yehuwa akan melegakan dan menyokong anda seperti yang dilakukan-Nya pada masa lampau. Raja Daud menulis, ‘Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya; Yehuwa akan menolong mereka ketika mereka dalam kesusahan. Yehuwa akan melindungi dan memelihara mereka.’ (Mzm. 41:2, 3) Sudah pasti Daud tidak bermaksud bahawa nyawa “orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya” akan terpelihara selama-lamanya. Jadi bagaimanakah Yehuwa membantu orang sedemikian? Daud menjelaskan, ‘Yehuwa akan menolong mereka ketika mereka sakit dan memulihkan kesihatan mereka.’ (Mzm. 41:4) Yehuwa memahami penderitaan umat-Nya dan Dia tidak melupakan mereka. Dia memberi mereka keberanian dan kebijaksanaan. Yehuwa juga memberi kita tubuh yang berupaya untuk sembuh semula.
8. Menurut Mazmur 41:5, apakah yang diminta oleh Daud semasa dia sakit teruk?
8 Di Mazmur 41, Daud memberitahu bahawa dia menghidapi penyakit serius dan berasa lemah serta khuatir. Nampaknya pada masa itu, anaknya Absalom cuba merampas takhtanya. Oleh sebab Daud sakit, dia tidak dapat menghentikan Absalom. Dia tahu bahawa masalah keluarganya merupakan akibat daripada dosanya dengan Batsyeba. (2 Sam. 12:7-14) Jadi, apakah yang dilakukannya? Dia berdoa, ‘Ya Yehuwa, aku telah berdosa terhadap-Mu; kasihanilah aku dan sembuhkanlah aku!’ (Mzm. 41:5) Daud tahu bahawa Yehuwa telah mengampuni dosanya dan dia bergantung pada Tuhan semasa dia sakit. Namun, adakah Daud mengharapkan Yehuwa untuk menyembuhkannya secara mukjizat?
9. (a) Apakah yang dilakukan Yehuwa terhadap Raja Hizkia? (b) Apakah yang diharapkan oleh Daud?
9 Bertahun-tahun kemudian, Tuhan menyembuhkan Raja Hizkia yang sakit tenat. Oleh itu, Hizkia dapat hidup 15 tahun lagi. (2 Raj. 20:1-6) Namun Daud tidak mengharapkan mukjizat. Sebaliknya dia mengharapkan Tuhan untuk membantunya sepertimana Tuhan membantu “orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya.” Daud mempunyai hubungan baik dengan Yehuwa, jadi dia dapat memohon agar Yehuwa melegakannya dan menjaganya semasa dia sakit. Dia juga meminta Yehuwa untuk menguatkannya agar dia dapat menjadi sihat. Kita juga boleh meminta Yehuwa untuk menolong kita dalam cara yang sama.—Mzm. 103:3.
10. Apakah yang berlaku terhadap Trofimus dan Epafroditus? Apakah yang boleh dipelajari daripada hal itu?
10 Pada abad pertama, rasul Paulus dan orang lain tidak menyembuhkan semua orang Kristian secara mukjizat. (Baca Kisah 14:8-10.) Rasul Paulus menyembuhkan bapa Publius yang sakit akibat demam dan jangkitan. Paulus ‘berdoa, meletakkan tangannya ke atasnya, lalu menyembuhkannya.’ (Kis. 28:8) Tetapi Paulus tidak menyembuhkan setiap orang yang dikenalinya. Salah seorang kawannya, iaitu Trofimus membuat perjalanan bersama Paulus untuk menginjil. (Kis. 20:3-5, 22; 21:29) Apabila Trofimus jatuh sakit, Paulus tidak menyembuhkannya. Jadi Trofimus tidak dapat menyertai Paulus dan tinggal di Miletus agar dia dapat menjadi sihat. (2 Tim. 4:20) Satu lagi kawan Paulus, iaitu Epafroditus juga sakit tenat. Tetapi Bible tidak mengatakan bahawa Paulus menyembuhkannya.—Flp. 2:25-27, 30.
APAKAH NASIHAT YANG HARUS DITERIMA?
11, 12. Apakah yang kita ketahui tentang Lukas? Bagaimanakah dia mungkin membantu Paulus?
11 Lukas merupakan seorang doktor, dan dia membuat perjalanan bersama Paulus. (Kis. 16:10-12; 20:5, 6; Kol. 4:14) Dia mungkin membantu Paulus dan orang lain apabila mereka sakit dalam perjalanan untuk menginjil. (Gal. 4:13) Seperti yang dikatakan Yesus, “orang sakit” memerlukan doktor.—Luk. 5:31.
12 Lukas bukannya sekadar memberikan nasihat tentang kesihatan. Dia memang seorang doktor yang terlatih. Bible tidak mengatakan di mana atau bila Lukas dilatih sebagai doktor. Tetapi, Bible menyatakan bahawa Paulus menyampaikan salam Lukas kepada orang Kristian di Kolose. Jadi Lukas mungkin dilatih di sekolah perubatan di Laodikia, iaitu sebuah kota berdekatan Kolose. Itulah sebabnya semasa Lukas menulis bukunya dan buku Kisah, dia menggunakan istilah perubatan tertentu. Dia juga menceritakan banyak peristiwa tentang cara Yesus menyembuhkan orang.
13. Apakah yang harus kita ingat sebelum menerima atau memberikan nasihat tentang kesihatan?
13 Hari ini, tiada saudara saudari yang dapat melakukan mukjizat dan menyembuhkan kita. Tetapi kerana mereka * (Baca 1 Timotius 5:23.) Namun, kita harus berhati-hati. Seorang saudara atau saudari mungkin meyakinkan kita untuk mencuba sesetengah ubat atau herba, serta memakan atau mengelakkan makanan tertentu. Dia mungkin berkata bahawa cara itu telah membantu seseorang dalam keluarganya yang mengalami masalah sama. Tetapi cara itu tidak semestinya dapat membantu kita. Kita harus ingat bahawa walaupun banyak orang mencuba suatu ubat atau rawatan, hal itu mungkin membawa kesan buruk bagi kita.—Baca Amsal 27:12.
ingin membantu kita, mereka mungkin memberikan nasihat walaupun kita tidak memintanya. Sudah tentu, sesetengah nasihat tersebut tidak berbahaya. Contohnya, Paulus mencadangkan agar Timotius minum sedikit wain. Timotius ada masalah perut mungkin disebabkan meminum air yang tercemar.GUNA DAYA PENILAIAN
14, 15. (a) Mengapakah kita harus berhati-hati terhadap sesetengah orang? (b) Apakah yang boleh kita pelajari daripada Amsal 14:15?
14 Kita semua ingin tetap sihat supaya dapat menikmati hidup dan berkhidmat kepada Yehuwa. Namun kita tidak sempurna dan jatuh sakit. Terdapat pelbagai rawatan untuk mengubati penyakit kita. Kita sendiri yang berhak membuat keputusan tentang rawatan yang ingin diterima. Sedihnya, ramai orang dan banyak syarikat menawarkan rawatan kerana mereka ingin mengaut keuntungan. Mereka mungkin mendakwa bahawa ramai orang pulih selepas menerima rawatan tersebut. Semasa sakit, kita mungkin terdesak untuk menerima apa sahaja rawatan. Namun ingatlah nasihat Bible, “Orang bodoh percaya kepada apa-apa sahaja, tetapi orang bijak melangkah dengan hati-hati.”—Ams. 14:15.
15 Jika kita bijak, kita akan berhati-hati terhadap nasihat daripada orang yang tidak mempunyai kelayakan. Kita boleh menanya diri, “Jika orang tersebut berkata bahawa sesuatu vitamin, herba, atau cara pemakanan tertentu membantu orang, bagaimanakah saya boleh pasti bahawa hal itu benar? Jika hal itu benar, bagaimanakah saya boleh yakin bahawa cara itu juga dapat membantu saya? Adakah saya patut membuat penyelidikan tambahan, atau menanya seorang pakar?”—Ul. 17:6.
16. Apakah yang harus kita pertimbangkan semasa membuat keputusan tentang kesihatan?
16 Apabila membuat keputusan tentang sesuatu ujian atau rawatan, kita harus menggunakan daya penilaian. (Tit. 2:12) Hal ini sangat penting terutamanya jika ujian atau rawatan tersebut aneh. Bolehkah orang yang menawarkan ujian atau rawatan tersebut memberikan penjelasan yang meyakinkan? Adakah penjelasannya aneh? Adakah para doktor setuju bahawa ujian atau rawatan tersebut berkesan? (Ams. 22:29) Seseorang mungkin memberitahu bahawa suatu penawar telah ditemui di tempat yang jauh dan belum diketahui oleh para doktor. Namun adakah terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penawar itu benar-benar wujud? Sesetengah orang juga mendakwa bahawa rawatan mereka mempunyai ramuan mujarab atau menggunakan daya tertentu. Hal ini sangat berbahaya. Ingatlah, Yehuwa tidak mahu kita menggunakan ilmu sihir atau mendapatkan bantuan bomoh.—Im. 19:26; Ul. 18:10-12.
“SEMOGA SAUDARA SEKALIAN SIHAT SELALU!”
17. Apakah keinginan yang kita miliki?
17 Badan pimpinan pada abad pertama menghantar surat kepada sidang-sidang untuk memberitahu mereka perkara yang harus dielakkan. Pada akhir surat itu, badan pimpinan menulis, “Jika saudara sekalian sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri daripada hal-hal ini, saudara-saudara akan sejahtera. Semoga saudara sekalian sihat selalu!” (Kis. 15:29) Walaupun kata-kata akhir ini merupakan ucapan selamat tinggal, kata-kata ini mengingatkan kita bahawa kita semua menginginkan kesihatan yang baik.
18, 19. Apakah yang kita nanti-nantikan di dunia baru?
18 Oleh sebab kita tidak sempurna, kita tidak dapat mengelakkan segala penyakit. Apabila kita jatuh sakit, kita tidak mengharapkan Yehuwa untuk menyembuhkan kita secara mukjizat. Namun, kita boleh menantikan masa depan apabila Tuhan menyembuhkan kita dengan sepenuhnya. Di Wahyu 22:1, 2, rasul Yohanes menyebut tentang “air kehidupan” dan “pokok-pokok kehidupan” yang dapat menyembuhkan semua orang. Hal ini tidak merujuk kepada penawar herba yang boleh didapati kini atau pada masa depan. Sebaliknya, hal itu merujuk kepada apa yang akan dilakukan Yehuwa dan Yesus supaya kita dapat hidup selama-lamanya.—Yes. 35:5, 6.
19 Kita menanti-nantikan masa depan yang cerah itu. Namun pada masa sekarang, kita pasti bahawa Yehuwa mengasihi setiap individu dan memahami perasaan kita apabila kita menderita. Seperti Daud, kita yakin bahawa jika kita jatuh sakit, Yehuwa tidak akan mengabaikan kita. Dia akan sentiasa menjaga orang yang setia kepada-Nya.—Mzm. 41:13.
^ per. 13 Sebuah buku (The Origins and Ancient History of Wine) menyatakan bahawa para saintis mendapati demam kepialu (tifoid) dan kuman berbahaya yang lain akan segera lenyap jika dicampurkan dengan wain.