Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nubuat 3. Wabak

Nubuat 3. Wabak

Nubuat 3. Wabak

“Wabak akan terjadi . . . di merata tempat.”​—LUKAS 21:11.

● Di sebuah negara Afrika yang dilanda perang saudara, virus Marburg * merebak dengan teruk dalam kalangan pekerja lombong. Bonzali, seorang pegawai kesihatan, telah berusaha untuk mengubati pelombong di sana. Meskipun dia berkali-kali minta bantuan daripada pegawai di bandar yang besar, dia tidak dihiraukan. Empat bulan kemudian, bantuan akhirnya tiba. Malangnya, Bonzali telah pun meninggal kerana dijangkiti virus Marburg.

APAKAH FAKTANYA? Jangkitan peparu (seperti pneumonia), penyakit yang menyebabkan cirit-birit, HIV/​AIDS, tuberkulosis (TB), dan malaria merupakan antara penyakit yang sering membawa maut. Pada tahun 2004, penyakit dalam lima kategori ini telah meragut nyawa kira-kira 10.7 juta orang. Hal ini bermaksud sekitar satu orang telah meninggal setiap tiga saat akibat penyakit-penyakit ini.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Jumlah penduduk bumi semakin meningkat. Jadi, jangkitan senang merebak dan jumlah kes pun akan bertambah.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Memang bilangan penduduk di bumi bertambah dengan pesat. Tetapi, manusia juga mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengesan, merawat, dan mengawal jangkitan penyakit. Jadi mengapakah jumlah kes tidak berkurang?

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah orang sedang menderita akibat penyakit seperti yang dinubuatkan dalam Bible?

Sememangnya, gempa bumi, kebuluran, dan wabak penyakit telah membawa kesengsaraan kepada jutaan orang. Sedihnya, terdapat jutaan orang lain yang menderita akibat manusia yang jahat, termasuk orang yang sepatutnya melindungi mereka. Perhatikan nubuat Bible yang seterusnya.

[Nota kaki]

^ per. 3 Marburg ialah sejenis demam berdarah yang disebabkan oleh virus yang mirip dengan Ebola.

[Petikan pada muka surat 6]

“Kita tidak mahu mati dibaham singa. Itu sangat mengerikan. Tetapi, jika virus merebak dalam tubuh kamu dan meragut nyawa kamu perlahan-lahan, itu pun sangat mengerikan.”​—PAKAR EPIDEMIOLOGI, MICHAEL OSTERHOLM.

[Sumber Gambar pada muka surat 6]

© William Daniels/​Panos Pictures