Penjagaan Kesihatan—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
“COVID-19 tidak lagi tergolong sebagai kecemasan kesihatan global. Namun, itu tidak bermakna COVID-19 bukan lagi satu ancaman kesihatan global. . . . Apabila pandemik seterusnya melanda, dan kita yakin hal itu akan berlaku, kita harus bersedia untuk menghadapinya.”—Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 22 Mei 2023.
Ramai orang masih bergelut dengan masalah kesihatan mental dan fizikal akibat pandemik COVID-19. Adakah pihak kerajaan dan institusi kesihatan bersedia untuk menghadapi pandemik yang mungkin berlaku pada masa depan? Adakah mereka mampu membantu rakyat menangani masalah kesihatan hari ini?
Bible kata bahawa terdapat satu kerajaan yang dapat menyelesaikan semua masalah kesihatan kita dan menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang terbaik. Menurut Bible, “Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan.” (Daniel 2:44) Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, ‘tiada sesiapa pun yang akan berkata, “Aku sakit.”’ (Yesaya 33:24) Semua orang akan sihat dan cergas seperti pada masa muda.—Ayub 33:25.