Lebih daripada 165,000 Rak Mudah Alih
Saksi-Saksi Yehuwa dikenali kerana kerja menginjil dari rumah ke rumah. Kini, mereka juga menginjil di kawasan umum dengan menggunakan rak mudah alih yang menarik.
Baru-baru ini, cara menginjil sedemikian telah diberikan lebih banyak penekanan. Pada November 2011, sekumpulan Saksi-Saksi Yehuwa di Bandar Raya New York, mula mempamerkan bahan bacaan dengan menggunakan meja dan rak mudah alih untuk menyebarkan mesej Bible. Usaha ini meraih kejayaan dan bandar-bandar lain juga mula menggunakan kaedah ini untuk menginjil.
Setakat Mac 2015, sejumlah 165,390 rak mudah alih telah dihantar kepada sidang Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia. Ribuan rak mudah alih, meja, dan kios juga telah diperoleh.
Kerja menginjil dari rumah ke rumah masih merupakan cara utama Saksi-Saksi Yehuwa memberitakan kebenaran Alkitab. Namun, penggunaan rak mudah alih juga terbukti sangat berkesan. Mari kita lihat beberapa contoh berikut.
Di Peru, semasa para Saksi menginjil menggunakan rak mudah alih, seorang lelaki yang bernama Raul datang dan berkata, “Ke mana kamu semua telah pergi? Sudah tiga tahun saya mencari Saksi-Saksi Yehuwa! Bila saya nampak rak mudah alih kamu, saya bersyukur kepada Tuhan.”
Walaupun kawasan tempat tinggal Raul sering kali dikunjungi Saksi-Saksi Yehuwa, dia tidak pernah berada di rumah pada siang hari dan hujung minggu. Raul memberitahu bahawa dia pernah belajar Alkitab dengan para Saksi, dan dia ingin belajar lagi. Aturan pun dibuat agar dia dapat belajar semula.
Di Bulgaria, sepasang suami isteri muda mengambil senaskhah buku Rahsia Kebahagiaan Keluarga dari rak mudah alih. Seminggu kemudian, mereka kembali dan mengambil dua buah buku yang lain, iaitu Buku Cerita Bible Saya dan “Guru Agung” (Learn From the Great Teacher). Seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang berada di situ menanya jika mereka sudah mempunyai anak. Mereka menjawab, “Belum lagi. Tetapi jika ada nanti, kami ingin mengajar mereka tentang Tuhan. Buku-buku beginilah yang kami perlukan.”
Di Ukraine, seorang lelaki yang berpakaian tentera datang kepada saudari-saudari yang berdiri di sebelah rak mudah alih. Dia berkata, “Cik, beritahulah saya bila Armagedon akan datang.” Lelaki ini pernah terlibat dalam konflik yang berlaku di Ukraine baru-baru ini. Keadaan dunia meyakinkannya bahawa Armagedon akan datang tidak lama lagi. Tapi, dia tertanya-tanya mengapa Tuhan belum lagi bertindak. Para penyiar menjelaskan daripada Alkitab mengapa Tuhan belum lagi campur tangan. Tuhan sebenarnya ada sebab yang kukuh dan tidak lama lagi, Dia akan menghapuskan semua orang jahat. Lelaki itu menerima majalah Menara Pengawal dan Sedarlah! serta buku “Pencipta” (Is There a Creator Who Cares About You?).
Di Macedonia, seorang pemuda memberitahu para Saksi yang menginjil di tempat awam bahawa dia pernah membaca majalah Saksi-Saksi Yehuwa. Sekarang, dia ingin mendapatkan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Dia berkata dia akan terus pergi ke perpustakaan awam untuk membacanya.
Dua jam kemudian, setelah membaca sejumlah 79 muka surat daripada buku itu, lelaki itu datang semula ke rak mudah alih para Saksi. Dia berkata, “Buku ini dapat mengubah kehidupan orang! Sekarang, saya sedar apa yang saya percaya itu sebenarnya salah. Penerangan dalam buku ini memang masuk akal. Buku ini benar-benar mengubah pandangan saya terhadap kehidupan!”