Lompat ke kandungan

Atlanta Mengalu-alukan Saksi-Saksi Yehuwa

Atlanta Mengalu-alukan Saksi-Saksi Yehuwa

“Saya kagum dengan anggota organisasi anda yang tulus dan bersemangat dalam melakukan kehendak Tuhan. Usaha anda untuk membantu rakan seiman dan masyarakat sangat bermanfaat dan dihargai.”

Itulah isi surat daripada Kasim Reed, datuk bandar kota Atlanta, Georgia, A.S. Surat itu mengalu-alukan Saksi-Saksi Yehuwa yang akan menghadiri tiga konvensyen yang diadakan di sana.

Majlis Perbandaran Kota Atlanta juga menyambut kedatangan orang yang akan menghadiri konvensyen-konvensyen itu. Majlis itu menyatakan, “Ada hampir lapan juta orang Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia, yang terdiri daripada . . . ratusan suku dan bahasa, namun . . . anda semua mempunyai matlamat yang sama . . . [Anda] ingin memuliakan Yehuwa, Tuhan yang disebut dalam Bible dan Pencipta segala-galanya.”

Tiga konvensyen diadakan di sana pada bulan Julai dan Ogos 2014. Dua konvensyen diadakan dalam bahasa Inggeris, dan satu dalam bahasa Sepanyol. Orang yang hadir datang dari sekurang-kurangnya 28 buah negara. Konvensyen dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia dan Jepun supaya hadirin yang menuturkan bahasa-bahasa itu dapat memahaminya. Jumlah hadirin untuk ketiga-tiga konvensyen itu ialah 95,689.

Sepanjang tahun 2014, Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan 24 buah konvensyen antarabangsa di sembilan buah negara, termasuk 16 lokasi di Amerika Syarikat.