Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa Mengadakan Konvensyen Istimewa di Tujuh Buah Negara

Saksi-Saksi Yehuwa Mengadakan Konvensyen Istimewa di Tujuh Buah Negara

Baru-baru ini, Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan konvensyen istimewa di Brazil, Costa Rica, Hong Kong, Ireland, Israel, New Zealand, dan Sweden. Konvensyen pertama diadakan di Sweden pada Julai 2012, dan tiga konvensyen yang terakhir diadakan di Costa Rica dan New Zealand pada Januari 2013.

Seperti konvensyen tiga hari yang kami adakan setiap tahun, konvensyen istimewa ini juga mengandungi ceramah Bible, demonstrasi, dan drama.

Wakil dari luar negara dijemput untuk menghadiri konvensyen istimewa ini. Negara yang menjadi tuan rumah bagi konvensyen istimewa akan membuat aturan supaya mereka berpeluang untuk bersiar-siar sebelum dan selepas konvensyen.

Seorang Saksi yang menghadiri konvensyen di Brazil berkata, “Saya teruja dengan kasih yang luar biasa dan layanan baik saudara saudari. Mereka seolah-olah menjadi keluarga baharu saya.”

Seorang Saksi lain yang menghadiri konvensyen istimewa di Hong Kong berkata, “Saudara saudari yang berbahasa Mandarin mendakap bahan bacaan Bible yang baru diterima. Wajah mereka yang tersenyum lebar dan dibasahi air mata buat hati saya tersentuh.”

Setiap tahun, Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan konvensyen di serata dunia. Jutaan orang hadir.

Melalui konvensyen-konvensyen, para hadirin dapat merasai kasih, sukacita dan kedamaian dalam persaudaraan Kristian kita. Sifat-sifat ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya di konvensyen istimewa atau konvensyen antarabangsa. Semasa waktu rehat, para hadirin selalunya bersembang dengan gembira dan makan bersama, saling memberi hadiah kecil dan maklumat perhubungan, mengambil gambar, dan memeluk satu sama lain.

Tidak kira anda seorang Saksi-Saksi Yehuwa atau bukan, anda dialu-alukan untuk menghadiri konvensyen kami.