Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Membayar Persepuluhan?
Tidak, Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkan kaedah ini; kerja kami disokong oleh sumbangan sukarela. Apakah maksud membayar persepuluhan, dan mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkannya?
Perintah membayar persepuluhan merupakan sebahagian daripada Hukum yang diberikan kepada bangsa Israel kuno. Walaupun demikian, Bible dengan jelas menunjukkan bahawa Hukum ini—termasuk ‘memungut persepuluhan daripada pendapatan’—bukan untuk orang Kristian.—Ibrani 7:5, 18; Kolose 2:13, 14.
Kami tidak membayar persepuluhan, tetapi kami meniru contoh orang Kristian masa awal dan menyokong kerja penyebaran dengan dua cara: menjalankan khidmat kami tanpa dibayar gaji dan memberikan sumbangan sukarela.
Oleh itu, kami mengikut perintah Bible kepada orang Kristian, ‘Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.’—2 Korintus 9:7, ABB.